SOALAN

Saya ada beberapa soalan:

1. Bagaimanakah cara terbaik untuk membahagikan daging korban? dan apakah hukumnya apabila daging itu dimakan oleh kucing sebelum sempat di bahagikan kepada fakir miskin?

2. Adakah suami juga menanggung dosa bila isteri mendedahkan aurat?

3. Apakah siksa yang akan dikenakan keatas wanita yang mendedahkan aurat?

4. Adakah sah mandi wajib dengan menggunakan air panas dari heater?

JAWAPAN

Soalan pertama ,
Daging korban seeloknya disedekahkan kepada fakir miskin secara mentah , bukannya selepas dimasak . Ini berbeza dengan daging akikah yang disunatkan disedekah selepas dimasak . Walaupun begitu sekiranya sebahagian kecil daripada daging korban dimakan oleh binatang tampa disengajakan ianya adalah tidak mengapa .

Soalan kedua
Ia , suami juga menaggung dosa , kerana isteri berada di bawah tanggujawabnya . Seseorang lelaki berdosa apabila melihat aurat seorang wanita yang bukan muhrimnya .Firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud : " Katakanlah kepada orang mumin agar merendahkan pandangan mereka &ldots;."

Soalan ketiga ,
Saya belum bertemu dengan hadis yang sahih mengenai masalah ini . Walaupun begitu saya ada mendengar ulama berkata mereka akan digantung dengan setiap helai rambut mereka di dalam neraka . Walaupun begitu ini tidak dapat dipastikan kerana berita gahib ( seperti azab neraka ) mesti disandarkan kepada hadis yang sahih .

Soalan keempat ,
Air yang dididihkan tetap merupakan air mutlak . Jadi air suam dan air daripada heater bolehlah digunakan untuk bersuci .

Wallahua'lam