PERANAN ISTERI URUS RUMAHTANGGA??

Soalan :

Assalamulaikum

Benarkah tugas menguruskan rumahtangga seperti membasuh, memasak dan menjaga anak adalah tugas seorang suami dan tugas isteri hanya menghiaskan diri ?

zzrubie68@yahoo.com


Jawapan :

Tanggung Jawab Seorang Isteri Terhadap Suaminya

Ketahuilah bahawa dakwaan yang mengatakan tugas menguruskan rumah tangga seperti membasuh memasak dan menjaga anak adalah tugas suami dan tugas isteri adalah menghiaskan diri adalah dakwaan yang tidak bertepatan dengan syara'. Malah ia menyalahinya. Diriwayatkan bahawa Sayyidatina Fatimah r.a. telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. kerana letih menguruskan rumah tangga dan meminta supaya diberikan kepadanya seorang khadam lalu Rasulullah menentukan yang urusan dalam rumah seperti membasuh memasak dan lain-lain adalah tugas Sayyidatina Fatimah r.a. manakala urusan luar rumah adalah tugas Sayyidina Ali r.a. Walaupun Sayyidatina Fatimah adalah seorang perempuan yang paling mulia. Ketahuilah bahawa tugas seorang isteri terhadap suami yang paling besar adalah taat.

1. Firman Allah mafhumnya: Begitulah juga isteri-isteri wajib menggauli suami denggan baik seperti suami wajib menggauli isterinya dengan baik.

Maksud isteri menggauli suami dengan baik ialah melakukan perkara yang disukai oleh suami taat kepada suruhannya selagi dia tidak menyuruh kepada maksiat. Rasulullah bersabda: maksudnya: mana-mana perempuan yang mati dan suaminya ridha kepadanya niscaya masuk syurgalah dia.

2. Firman Allah swt mafhumnya: Wanita-wanita yang salihah ialah mereka yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya ketika ketiadaan suaminya kerana Allah telah memelihara mereka (Allah telah mewajibkan suami untuk mempergauli isteri dengan baik).

Ulama berpendapat bahawa ayat ini menunjukkan wanita wajib taat kepada suaminya seperti kepaada kedua ibu bapa kerana apabila seorangf perempuan apabila dia berkahwin maka suaminya lebih berhak terhdap dirinya daaripa ibu bapa.

Wallahuaklam