![]()
|
|
Soalan : |
assalamualaikum .. Saya ingin mengutarakan masalah hukum memakai make-up kepada pihak tuan. Sebelum ini saya telah mendapat dua pendapat yang berbeza mengenai hukum memakai make-up. Satu pendapat mengatakan tidak salah untuk memakai jika niat kita memakai supaya tidak nampak pucat sementara satu lagi pendapat mengatakan haram untuk wanita islam memakai make-up. Saya ingin meminta penjelasan dari pihak tuan kerana saya juga memakai make-up (walaupun hanya lipstik) dan tujuan saya memakai lipstik bukanlah untuk menggoda kaum adam sebaliknya hanya untuk mengelakkan saya kelihatan pucat. Saya fikir perkara ini tidak salah kerana saya mengambil pendapat pertama. Tetapi, ada beberapa sahabat menegur kerana saya memakai lipstik. Bolehkah pihak tuan menjelaskan perkara ini sejeasnya?? Sekian Terima Kasih. Hamba Allah |
|
Jawapan : |
MASALAH BERSOLEK Sebelum kami menawab persolan yang dikemukakan , terlebih dahulu kta melihat kepada perkara asa dalam masalah aurat orang perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Perkara yang kedua, wamita dilarang memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian orang lain kerana ini membawa kepada zina mata. Sekalipun perhiasan itu didapati dimuka atau ditangan. Namun begetu terdapat pengecualian terhadap pemakaian cincin dan celak mata berdasarkan hadis Rasulullah. Kembali kepada masalah niat. Niat merupakan suatu perbuatan yang tersembunyi yuang tidak diketahui oleh orang lain. Ianya hanya diketahui oleh tuan punya diri dan Allah sahaja.. Oleh yang demikian, niat yang baik tidak menghalalkan benda yang pada zahirnya haram. Sebagai contoh, apa yang berlaku hari ini apa yang dinamakan loteri kebajikan masyarakat. Niat mereka baik untuk membantu masyarakat tetapi malangnnya mereka terlibat dalam perjudian yang diharamkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud : " Sesungguhnya arak, judi&ldots;&ldots;adalah najis daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah kamu". Suarah Al-Maaidah ayat 90. Para ulamak pula berkata " Kami menghukum dengan pandangan pada zahir, akan tetapi Allah melihat apa yang batin. Tentang Rukhsah ( keringanan) yang diberkan oleh agama islam dalam persoalan " darurat mngarukan sesuatu yang dilarang" (qaidah Fiqhiyyah) Ad dharurat tubiihul mahzuraat perlu ingst bahawa disana ada bebarapa syarat yang mesti dipenuhi sebagai contohnya saudari memberi alasa bahawa jika saudari kelihatan pucat. Jadi perlu dilihat, pucat yang bagaimanakah yang saudari maksudkan? Adakah ianya memudharatkan saudari atau tidak? Disamping itu kalau ianya memudaratkan, saudari mesti mendapat kepastian tentang kemudharatannya daripada pakar dalam bidang perubatan yang benar-benar diyakini amanahnya. Setelah itu perlu juga dilihat adakah lipstik sahaja ubat yang mampu mengubati penyakit pucat saudari? Adakah disana pengganti bagi lipstik. Ini beberapa syarat yang perlu dilihat dalan kita bermuamalah dengan kaedah " Darurat menghalalkan sesuatu yang dilarang". Perlu dilihat lagi bahawa dharurat juga terbahagi kepada lima. Jadi disini adakah penyakit pucat saudari boleh memabawa kepada kematian dan sebagainya? Ulamak juga dalam menghukum sesuatu perkara mereka melihat kepada kaedah " Sadduz zaraa'ik" iaitu menghalang daripada yang lebih teruk lagi. Jadi dalam pemakaian lipstik ini akan membawa pula persoanlan. Apakah hukum memerahkan pipi dan sebagainya? Akhirnya larangan terhadap wanita daripada perhiasan kecuali unrun suami tidak diamalkan. Ini kerana satu persatu perhiasan dihalalkan atas alasan yang tidak kuat. Perkara seterusnya. Islam, tidak menghalang langsng seseorang wanita memakai sebarang perhiasan diri. Namun islam membenarkan malah menganjurkan seorang wanita berhias dihadapan suami dengan pelbagai hiasan bag mengeratkan hubungan suami isteri. Ini amat berbeza denga apa yang berlaku pada hari ini diaman wanita berhias agar dilihat oleh ajnabi atau orang lain. Tetapi bila dirumah dia tidak berhias. Setelah kita meliuhat ke enam enam perkara tadi, kita kembaali kepada persoalan saudari, namun begitu kami bukanlah ingin menghukum terhadap persoalan yang diberikan. Kami tinggalkan jawapannya kepada diri saudari sendiri. Ini kerana kami membimbanginya akan kesalhan maklumat yang kami terima. Namun begitu, kami mengemukakan beberapa perkara penting untuk saudari melihatnya dalam menghkum:- 1. Haram sesorang wanita keluar denga memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian orang lain. 2. Sejauh manakah kemudharatan yang dihadapi jika saudari tidak memakai lipstik atau sebaiknya diganti dengan ubat-ubatan yang lain? 3. "Keharusan yang disenaraikan kerana mudharat akan terhenti apabila hilang sebab atau mudharat tersebut. ( seperti hulang sesuatu penyakit). 4. "Dalam persoalan niat, cuba lihat kata-kata ulamak". Kami menghukum sekadar pandangan zahir akan tetapi dalam persoalan batin terserah pada Allah. Jadi, lihatlah adakah pada zahirnya ia menarik perhatian kaum adam atau tidak?. Walaupun mungkun niat kita baik. Semoga saudaari memperolehi penyelesian yang terbaik untuk kesejahteraan saudar di duni dan akhirat. Kami memohon maaf segala kekurangan pada kami. Wassalam.. |