ZAKAT WANG GAJI

Soalan :

Saya mohd khairuddin Ramli dari taiping perak.

Adakah dikenakan zakat terhadap gaji bulanan yang diterima apabila genap setahun tempoh bekerja ? Setahu saya hanya wang simpanan yang dikenakan zakat.


Jawapan :

1) Berkenaan dengan wang gaji , jika sekiranya wang gaji itu disimpan dan simpanan tersebut mencukupi tempoh setahun serta cukup nisab (sila rujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk mengetahui kadar yang tepat) , maka wang yang disimpan itu dikenakan zakat 2.5 % .

  Untuk wang simpanan bank atau lain-lain simpanan , jika cukup nisab dan haul (cukup masa setahun hijrah ) maka dikenakan zakat 2.5 % jika tidak cukup nisab maka tidak dikenakan zakat .

  Jika seseorang yang bergaji RM10,000 sebulan dan perbelanjaannya sebulan hanya RM5,000 , maka jika cukup setahun , wang yang tidak digunakan tersebut akan dikenakan zakat disebabkan ia mencukupi kadar nisab dan haul.

Wallahuaklam