![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualikum wbt. Saya menonton tv bersama dengan isteri dan saya terikut percakapan pelakon tersebut, iaitu "kau akan kuceraikan". soalannya, adakah itu dikira telah jatuh talak? sedangkan saya tidakberniat untuk berbuat sedemikian. Wassalam. |
|
Jawapan : |
1)Lafaz cerai tidak akan menjatuhkan talak kerana saudara bukannya bergurau dengan isteri saudara dan lafaz "kau akan ku ceraikan " bermaksud akan datang, maka ia tidak dikira sebagai talak / cerai . Talak ataupun cerai adalah diantara perkara yang tidak boleh dipermain-mainkan ataupun menjadi bahan gurauan. Dalilnya : ![]() Dan daripada riwayat yang lain dari Ibn Udiy: ( atl talaak wat ta'alluk wan nikah) Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a , dia berkata :Rasulullah S.A.W bersabda : " Tiga perkara kalau ia disengajakan , maka dikira berlaku dan jika didalam gurauan pun ia dikira berlaku : Nikah , Talak dan Rujuk(daripada talak)" Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali nasaie dan disahihkan oleh Hakim.
|