HUDUD

Soalan :

ASSALAMUALAIKUM?

SAYA INGIN BERTANYA TENTANG HUDUD ISLAM? ADAKAH JIKA DILAKUKAN DIM'SIA IA TIDAK TERTAKLUK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM.BAGAIMANA TENTANG DIZAMAN RASULULLAH YANG TERDAPAT ORANG YAHUDI DAN NASARANI. TOLONG BERI PENJELASAN TENTANG HUDUD ISLAM.

EMAIL SOID@USA.NET

SOID ABDUL RAZAK


Jawapan :

  Hukum-hukum Hudud yang telah ditetapkan oleh Islam , apabila dilaksanakan di Malaysia maka ianya sudah tentu tertakluk kepada orang bukan Islam yang berlindung di bawah negara Islam yang dikenali sebagai "zimmi".

  Islam mempunyai hukum-hukum yang khusus yang tertakluk kepada orang-orang bukan Islam "zimmi"."Zimmi ini akan berlaku jika kedapatan negara Islam dan "zimmi" mesti membayar "jizyah" sebagai jaminan keamanan terhadapnya di bawah negara Islam.

  Saudara jangan menggambarkan bahawa hukum hudud ini hanyalah sekadar 'potong tangan' , 'bunuh' dan sebagainya sahaja , malah hukum hudud Islam dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Syariat Islam adalah suatu bentuk hukum dan sistem perundangan yang cukup sempurna dan lengkap dari segala aspek pada setiap keadaan.

  Ketahuilah bahawa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman , Islam mempunyai syarat-syarat yang ketat untuk mensabitkan kesalahan dan seterusnya menjatuhkan hukuman tersebut , seperti contoh , kes zina memrlukan kepada 4 orang saksi yang adil dan mesti saksi-saksi ini mestilah melihat perbuatan zina tersebut seumpama kayu celak itu masuk ke dalam botol yang berisi celak , dan juga saksi perempuan tidak diambil kira di dalam Islam.