![]()
|
|
Soalan : |
Assalamu'alaikum, 1) Apakah keistimewaan bulan Rejab and Syabaan? Maksud saya adakah kita dianjurkan supaya banyak berpuasa sunat, mengamalkan sholat malam, sedekah dan lain-lain lagi? Menurut kenalan saya, Rasulullah s.a.w. tidak ada mengamalkan ini semua kecuali di bulan Syabaan, beliau banyak berpuasa sunat. Ini ada terkandung dalam hadith Bukhari. Kawan saya mengatakan amalan-amalan sunat yang kita lakukan di bulan Rejab sekarang adalah dari hadith yang daif. Sekiranya kita lakukan amalan-amalan ini, adakah kita berdosa kerana tidak menurut sunnah Rasulullah s.a.w.? 2) Teman lelaki sahabat saya telah berjanji untuk mengkahwini sahabat saya. Tetapi teman lelaki dia mengkahwini wanita lain. Adakah dia berdosa kerana telah mengingkari janji dia terhadap sahabat saya? Wassalam,
|
|
Jawapan : |
1) Bulan Rejab dan Sya'ban. Berkenaan dengan keistimewaan bulan Rejab , ia adalah sama dengan bulan-bulan haram yang lain seperti Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah.Dan bulan-bulan Haram ini adalah disunatkan berpuasa padanya .Dan bulan-bulan ini juga adalah bulan-bulan yang paling afdhal (terbaik) berpuasa padanya selepas Ramadhan. (sila rujuk kitab Feqh Islami wa Adillatuhu - Dr. Wahbah Az-Zuhaili , kitab Siyam, puasa sunat , jilid 3 , m.s. 1643) Bulan-bulan haram yang paling baik ialah Muharram . kemudian diikuti dengan Zulkaedah dan Zulhijjah , dan kemudiannya Sya'ban. Disunatkan berpuasa di dalam bulan-bulan haram ini menurut pendapat mazhab Syafie dan Maliki. Dalil didalam menyatakan sunat berpuasa di dalam bulan Sya'ban : DAri Ummi Salamah Bermaksud :"Sesungguhnya nabi tidak pernah berpuasa sebulan penuh melainkan bulan Sya'ban bersambung puasa dengan Ramadhan." Bermaksud : Daripada Aisyah R.A : "Tidak pernah nabi S.A.W berpuasa (pada bulan-bulan lain) lebih banyak daripada Sya'ban. Sesungguhnya Nabi S.A.W berpuasa semuanya(Sya'ban)" Manakala dakwaan yang mengatakan amalan-amalan sunat yang dilakukan di bulan Rejab adalah dari hadis Dhaif adalah tidak benar kerana terdapat hadis-hadis sahih yang menggesa kita supaya berpuasa pada bulan-bulan haram dan Rejab adalah salah satu daripada bulan haram. Maka kita disunatkan supaya memperbanyakkan amalan-amalan sunat pada bulan-bulan ini. Sehinggakan Al- Imam Asy-Syaukani menyatakan galakan supaya berpuasa pada bulan-bulan ini adalah ijma' ulama.(sila rujuk kitab Nailul Autar - jilid 4 , m.s. 554) Walaupun tidak terdapat hadis suruhan berpuasa secara khusus tetapi disana terdapat hadis-hadis sahih yang menyuruh kita berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis , puasa hari 13,14,15 haribulan hijrah pada tiap-tiap bulan dan puasa sunat mutlak. Ketahuilah bahawa hadis-hadis sahih itu tidak tertentu kepada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sahaja tetapi disana terdapat banyak kitab-kitab hadis sahih yang lain. 2) Mereka yang tidak menunaikan janji adalah termasuk di dalam golongan mereka-mereka yang mempunyai sifat-sifat orang munafik , sesuai dengan hadis nabi "&ldots;&ldots;.iaitu mereka yang berjanji kemudian mengingkarinya". Dan mereka juga termasuk di dalam golongan yang disebutkan di dalam ayat 1 , surah Al-Maidah : Maksudnya : "Wahai orang-orang Mukmin , sempurnakanlah janji-janji kamu" Ulama tafsir telah menyebut bahawa janji disini , termasuk mereka yang berjanji dengan sesama manusia . Jika mereka engkar , maka ia mendatangkan dosa kerana perbuatan tersebut boleh menyakiti hati manusia yang lain. Wallahuaklam |