SOALAN
Assalamuallaikum!Dr. Muhazzibun Nufuus,
Nama saya Rumisah Mohibat. Saya ada masalah disini.
1. Bolehkah seseorang membayar zakat wang simpanan dengan niat dalam hati dan terus beri pada orang yang memerlukan (orang miskin) tanpa melalui pusat zakat.
2. Bolehkah zakat wang simpanan diberikan terus pada orang yang cacat anggota, buta, yang tidak berupaya membuat kerja dengan niat dalam hati.
3. Bolehkah seseorang membuat pinjaman melalui bank atau melalui potongan gaji untuk menyimpan dalam ASB . Adakah ianya dibolehkan dalam Islam. Boleh Dr. jelaskan kedudukan dalam Islam.
JAWAPAN
Saudari Hamisah .
1) Ya ,seseorang boleh membayar terus wang zakat kepada fakir miskin biarpun tampa melalui Pusat Zakat .
2) Masalahnya sama seperti masalah pertama .Golongan tersebut ditakrifkan sebagai fakir .
3) Mengikut pendapat Ketua Persatauan Ulama Malaysia , Ustaz Ahmad Awang melabur di dalam A.S.N. adalah haram kerana ia terlibat dengan kegiatan-kegiatan ekonomi yang bertentangan dengan syarak .Mengenai A.S.B. pula saudari perlu mengkaji kegiatan ekonominya . Sekiranya ia juga terlibat dengan pernigaan yang haram di sisi syarak hukumnya sama seperti yang telah dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Awang . Oleh itu saya nasihatkan saudari menyimpan di institusi kewangan yang lebih terjamin seperti Tabung Haji , KOHILAL dan sebagainya .