![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum Saya Ramli bin Abdul Razak ingin bertanya beberapa soalan: 1.Saya mempunyai seorang rakan yang mengaku beliau pernah berzina dan melakukan liwat dengan beberapa perempuan semasa beliau masih bujang, Persoalannya apakah dosanya di ampun oleh ALLAH setelah beliau bertaubat nasuha ? 2. Kini beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Persoalannya apakah anaknya akan rosak akhlak akibat perbuatan ayahnya yang lalu ini kerana ada pendapat menyatakan "Zina merosakkan keturunan" ? 3.Apakah benar menurut Iman Shafie liwat hukumannya sama dengan zina iaitu 100 sebat bagi yang belum berkahwin dan direjam hingga mati bagi yang telah berkahwin ? 4.Bagaimanakah mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W kerana ada pendapat menyatakan seorang yang bermimpi itu akan melihat Nabi ada juga mengatakan cukup sekadar mendengar suaranya ?
|
|
Jawapan : |
DIJAWAB OLEH USTAZ NAZRI DOLLAH Saudara Ramli yang dihormati , 1) Mengampunkan dosa seseorang adalah hak mutlak Allah s.w.t. , Dia berhak untuk mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya , biarpun sebesar manapun dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba . Tetapi apa yang penting seseorang itu hendaklah bersifat husnul zhan ( anggapan baik ) bahawa Allah akan menganpuni segala dosanya . Di dalam sebuah hadis Qudsi , Allah berfirman : Wahai anak Adam sekiranya dosamu sebesar awan di langit , kemudian kamu meminta ampun kepadaKu nescaya Aku ampunkan engkau . 2) Anak tersebut adalah suci dan dia tidak ada kaitan dengan apa yang dilakukan oleh bapanya . Akhlak anak-anak adalah berdasarkan asuhan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut . Sekiranya baik asuhan yang diterima olehnya Insya Allah , anak tersebut akan menjadi seorang insan yang mulia . Zina merosakan keturunan kerana seseorang anak zina , tidak boleh dinasabkan kepada bapanya . Jadi walaupun anak tersebut daripada mani bapanya tetapi ia tidak diktiraf sebagi keturunannya . 3) Pendapat tersebut adalah pendapat yang paling rajih ( tepat dan dipakai ) di dalam mazhab Shafie. 4) Hadis-hadis yang menceritakan tentang mimpi bertemu dengan Rasulullah adalah dengan melihatnya . Saya belum berjumpa dengan pendapat yang mengatakan cukup dengan mendengar suaranya . Wallahu Taala Aklam |