SUMPAH

Soalan :

assalamualaikum wbt.soalan saya,

saya pernah berjanji dan bersumpah dengan nama Allah kepada seorang teman bahawasaya akan menceritakan tentang kisah hitamdalam hidup saya kepadanya...tetapi setelah saya fikirkan kembali, saya rasa keberatan utk menceritakannya kepada teman saya tersebut, jadi apakah hukumnya sekiranya saya tidak menunaikan janji dan sumpah saya itu? dan apakah jalan terbaik untuk saya buat masa sekarang...? wajibkah saya menunaikan janji tersebut?-

Insan Bingung-


Jawapan :

oleh USTAZ NAZRI DOLLAH

Saudari Shafinatul Athirah yang dihormati ,

Segala dosa dan noda yang telah kita lakukan tidak sepatutnya kita dedahkan kepada orang lain . Mengenai sumpah tersebut Rasullulah ada bersabda yang bermaksud : sesiapa yang bersumpah untuk sesuatu , kemudian ia melihat sesuatu yang lebih baik daripada perkara yang disumpahnya mak a hendaklah dia melakukan yang lebih baik itu dan membayar kifarat sumpahnya . Jadi kifarah untuk sumpah tersebut ialah :

(1)Memerdekakan seorang hamba yang beriman

ATAU

(2) memberi makanan makanan yang mengenyangkan kepada sepuluh orang miskin , setiap seorang dengan kadar 600 gram

atau

(3) memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin dengan pakaian yang biasa dipakai .

Sekiranya tidak mampu utuk melakukan perkara-perkara di atas maka dia hendaklah berpuasa selama tiga hari