RAJAB DAN QADHA

Soalan :

assalaamu'alaikum...

di sini saya ada beberapa kemusykilan:

1) benarkah kita disunatkan berpuasa pada bulan rejab dan sya'ban? jika benar, bolehkah anta/i kemukakan hadith yg menyatakan demikian? if possible, tolong beri dengan bahasa arab and terjemahannyya ye! thanks.

2) Ada hamba Allah yg mengatakan kepada saya bahawa, tiada konsep Qadha' (mengganti) dalam solat. Yg ada hanyalah jama' and qasar. Boleh tak anta/i tolong jelaskan? thanks again!

ana <z2208865@student.unsw.edu.au>


Jawapan :

oleh USTAZ AHMAD MUBARAK BIN ABDUL RAZAQ

Soalan 1:

Ada setengah ahli agama menjadikan hadith" Rejab bulan Allah,Sya'ban bulan Rasulallah dan Ramadan bulan umatku" sebagai hujah terhadap kelebihan bulan Rejab sedangkan hadith tersebut dikategorikan oleh ulama' hadith sebagai hadith di peringkat yang lemah(dhaif).Dari situ kita dapat membuat kesimpulan yang bulan Rejab ialah seperti bulan biasa.

Tetapi bulan Sya'ban kita telah diberitahu oleh Ummu Salamah salah seorang dari Ummahat al Mukminin

"Sesungguhnya Nabi S.A.W tidaklah berpuasa dalam setahun ,satu bulan penuh melainkan di bulan Sya'ban kemudian disambung dengan puasa di bulan Ramadan".

Manakala puasa di bulan Sya'ban , kita tidak dibenarkan memulakan puasa sunat dipertengahan bulan Sya'ban melainkan jika kita sudah mula berpuasa dari awal lagi.Tetapi untuk berpuasa qadha'(ganti) ia diharuskan dimana-mana hari dipertengahan bulan Sya'ban.Wallahu A'lam.

Soalan 2:

Sememangnya konsep Qadha itu ada dalam solat.Jika ada makhluk Allah S.W.T yang menyatakan konsep Qadha tiada dalam solat ,ia adalah disebabkan dua perkara 1)kejahilan diri sendiri dan ia perlu belajar; 2) kerana berniat buruk dan ingin memusnahkan Islam dari dalam dan setiap orang Muslim perlu berhati - hati degna golongan seperti ini.

Qadha dalam ibadat merupakan satu perbuatan seperti sembahyang atau puasa yang dilakukan oleh hamba Allah sebagai ganti pada ibadat tersebut yang gagal dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan.Jadi jika anda terlepas sembahyang Asar disebabkan tidur dan anda terjaga pada waktu Maghrib maka anda dihendaki menqadha' ibadat tadi dalam waktu maghrib.Wallahu A'lam.

Wallahuaklam