KEPASTIAN AURAT

Soalan :

assalamualaikum,

saya ingin tahu apakah batas- batas pergaulan lelaki tidak muhrim dengan perempuan yang dibenarkan islam. Saya seorang yang kurang percaya kepada pendapat jadi saya harap taun dapat menjawab soalan2 ini berdasarkan hadis2 sahih ataupun daripada imam2 empat. adakah ianya hanya kepada jangan berzina atau jika kita fikir kita mampu bertahan daripada berzina kita boleh berbuat apa sahaja. adakah berpegang tangan dibenarkan, bagaimana bersama dengannya, bercakap dengannya .

Saya telah mencari drp hadis2 sahih yang saya kumpul tetapi tidak berjumpa dengan hukum dengan pergaulan dengan perempuan.saya keliru.


Jawapan :

1. HUKUM PANDANGAN KEPADA BUKAN MAHRAM

Hukumnya haram dan berdosa kecuali pandangan yang tidak disengajakan. Dalil Al-Quraan:

 Maksudnya: " Katakanlah ( wahai muammad Rasulullah kepad orang-orang mukmin hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereka dan hendaklah mereka memelihara kemaluan mereka yang demkian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka lakukan. ( An-Nuur 30)

Maksudnya: Dan katakanlah kepada orang-orang perempuan mukminat hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereeeka dan hendaklah mereka memelihara kemaluan mereka dan jangan menzahirkan perhiasan mereka ( kecantikan tubuh badan dan pakaian ) melainkan apa yang zahir ( muka dan tangan) dan hendaklah mereka menutup dada-dada mereka dengan pakaian ( sehingga menutup perhiasan iaitu dada-dada mereka) dan jangan merekan menzahirkan perhiasan mereka melainkan kepada suami-suami mereka, adik-beradik lelaki&ldots;.... ( An-Nur 31)

 

Hadis:

Maksudnya: Daripada Jarir bin Abdullah Al-Jabali berkata: " Aku telah bertanya Rasulullah SAW tentanan pandanannya yang tidak disengajakan kepada perempuan, maka Rasulullah mnyuruh aku memalingkan pandangan aku" Hadis riwayat Muslim dalam kita Adab.

Saudara, berdasarkan ayat ini dan hadis sahih menunjukkan pandangan kepada perempuan jika sengaja adalah haram dan berdosa. Disana terdapat hadis-hadis yang banyak berkenaan dengan perempuan, jadi cukuplah dengan ayat dan hadis ini untuk beramal. Jika Allah SWT mengharamkan kita melihat perempuan, maka bercakap tanpa mahram dan berjumpa, berpegang tangan dan lain-lain adalah haram sekalipun kita mampu pelihara diri daripada zina.

Wallahukalam