![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum ustaz, Merujuk kpd soalan 20,51 berkenaan solat jamak & qasar disini saya ingin bertanya adakah: 1) Belajar diluar negara boleh dianggap sebagai musafir yg membolehkan kita menjamak dan menqasar solat? Saya pernah diberitahu tentang perkara ini oleh seorang yg boleh dikira arif tentang agama beliau mengemukakan hadis seperti yg ustaz jelaskan dlm jawapan 20 yg kandungannya berbunyi '.....ketika baginda memerangi kaun hawazin dan tidak diketahui tempoh (berapa lama) bila akan....' Alasan beliau adalah kerana kita tak berniat utk menetap disini walaupun ia memakan masa yg agak lama dan niat kita mestilah ikhlas utk belajar. 2)Bilangan kami pelajar di Jepun adalah terlalu sedikit dan keadaannya agak berbeza dgn negara islam dimana memang sukar utk kita temui masjid, merujuk kpd jawapan 51 ustaz ada mengatakan syarat utk solat jamak------hendaklah dilakukan di masjid dan dgn persetujuan ahli jemaah. Dimana syarat itu tak dapat kami penuhi,adakah kami tidak boleh menjamak solat kami? Rubie tm389@dip.yz.yamagata-u.ac.jp |
|
Jawapan : |
Walaikumussalam Soalan Satu Pendapat yang membolehkan bagi musafir untuk sentiasa sembahyang jamak dan qasar dalam tempoh permusafirannnya adalah tidak tepat. Pendapat ini tidak terdapat didalam Mazhab Empat. Pendapat ini adalah pendapat Ibadhi ( salah satu kumpulan dari Khawarij) dan ianya adalah pendapat yang lemah dan tidak kuat. Namun ada kedapat didalam Mazhab Empat pendapat-pendapat berikut: 1. Pendapat Hambali dan Maliki yang mengatakan bagi merekan yang tertunggu-tunggu siapnya hajat tertentu pada setiap waktu, tetapi apabila waktunya hajat tersebut tidak juga siap. Dalam keadaan tertunggu-tunggu ini sesorang itu boleh qasar setiap masa walaupun bertahun-tahun kerana dia tidak menyangka berlarutan bertahun-tahun. 2. Pendapat ulamak Syafie pula, orang bermusafir paling tinggi tempohnya ialah 18 hari tanpa hari sampai dan keluar sahaja dibenarkan qasar berdasarkan kepada peperangan Hawazin kerana Rasulullah SAW menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda mengqasarkan sembahyang. 3. Pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hanya 3 hari sahaja. Selepas daripada tempoh itu, kita dikira bermukim.
Soalan2 Merujuk kepada persoalan untuk jamak sembahyang disebabakn oleh kesejukan ataupun hujan lebat. Kita tidak boleh melakukannya sekiranya tidak mencukupi syaat tersebut. Masjid yang dimaksudkan adalah yang didirikan solat jumaat dan sembahyang 5 waktu. Sekiranya syarat tidak mencukupi, buatlah sembahyang biasa Insya Allah kita akan diganjari dengan lebih pahala tambahan dengan dihalangi oleh kesusahan dan kesejukan. Pahala adalah berdasarkan kesusahan yang kita hadapi. Semoga Allah membantu kita dalam mendirikan ibadat kepadaNya. Wallahuaklam |