![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum.... Di sini saya ada persoalan yang hendak dikemukakan.Berkenaan dengan nazar.Apakah hukumnya jika kita bernazar hendak berpuasa atas sebab sesuatu.Sebab naik pankat ke?Maksud saya, macam saya bernazar jika saya dinaikkan pangkat saya akan berpuasa. Dengan itu macam mana hukumnya jika saya tak menunaikan nazar saya itu? Wassalam..... Zakaria Zakaria" <saidina_umar@hotmail.com> |
|
Jawapan : |
Walaikumussalam..... Didalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda dengan katanya: " Sesiapa yang bernazar yang nazarnya mengandungi ketaatan kepada Allah, maka taati lah Allah dengan menunaikan nazar tersebut dan sesiapa yang bernazar yang nazarnya mengandungi kemaksiatan kepada Allah, maka janganlah dia lakukan kemaksiatan kepada Allah" (Riwayat Bukhari). Berdasarkan hadis ini jelas bahawa sekiranya kita bernazar kearah ketaatan kepada Allah, maka hendaklah ia dan bahkan menjadi kewajipan kepadanya untuk menunaikan nazar tersebut. Hatta dalam hadis yang lain ada menyebut : " Seorang perempuan telah bernazar dalam hal kebaikan, akan tetapi dia tidak menunaikannya sehingga dia mati. Maka datang anaknya atau saudaranya bertanya Rasulullah tentang hal tersebut, maka Rasulullah menyuruh anaknya atau saudaranya menggantikan bagi dirinya. Kedua-dua hadis ini jelas menyatakan:- 1. Nazar yang mesti ditunaikan ialah nazar yang berupa ketaatan kepada Allah sahaja. Ini kerana Nabi pernah bersabda: " Tidaklah nazar itu yagn berupa kemaksiatan". (riwayat Muslim ). 2. Seorang yang bernazar perkara yang taat sahaja tidak terlepas tanggungjawabnya melainkan dia menunaikan nazar tersebut. 3. Dibolehkan seseorang menggantikan tempat orang yang bernazar untuk menunaikan nazar, namun ianya tidak digalakkan kerana menyusahkan orang lain. 4. Menjadi satu kebakan sesorang itu bersegera menunaikan nazarnya. Wallahukalam |