![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum saudara.. Di sini saya ada beberapa persoalan, dan moga-moga dgn izin Allah, saudara dpt membantu saya : 1)Pada tahun 1990, saya telah tidak mengqadha (akibat melewat-lewatkan puasa qadha) satu hari puasa yg saya tinggalkan (atas sebab keuzuran) pada tahun sebelumnya. Atas pemberitahuan drp teman-teman, saya telah membayarnya pada tahun 1991 dgn puasa sekali ganda (2 hari). Walau bagaimanapun saya tidak membayar denda yg kena ke atas saya sehinggalah ke tahun ini (1998). Oleh itu, ingin saya ketahui, berapakah denda yg kena ke atas saya, dan sekiranya boleh, saya menukarkan nilainya dgn wang? 2)Dlm solat terawih, oleh kerana imam membaca surah-surah lazim yang pendek dan dgn pantas, kadang-kadang makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah. Kalau habis pun, diragui bacaannya tidak betul. Apakah dibolehkan bagi seseorang makmum utk terus rukuk selepas imam, tanpa menghabiskan bacaan al-Fatihah, kerana bimbang, jika membaca dgn pantas, tajwidnya tidak betul? 3)Saya ingin tahu bagaimanakah caranya utk melakukan Taubat Nasuha? "Hamba Allah" <zil_a@hotmail.com> |
|
Jawapan : |
Soalan satu Manakala persolan adakah ianya boleh di tukar dengan nilai, maka dalam mazhab As-Syafie ianya tidak dibenarkan dan diwajibkan dngan makanan asasi sesuatu kaum (beras). Soalan
2 Sebaliknya jika makmum keuzuran seperti dia terlalu perlahan dalam pembacaan baginya keizinan untuk lewat daripada imam sebanyak tiga rukun. Sekiranya lebih daripada tiga rukun, maka hendaklah dia terus mengikut imam dan selepas iama hendaklah dia melakukan satu rakaat tambahan. Oleh itu, bagi mengelakkan kelewatan ini. Seorang mekmum dibolehkan membaca fatihah semasa imam membaca fatihah disamping mengaminkan fatihah imam. ( ini berdasarkan pendapat mazhab As-Syafie ). Soalan 3 Taubat nasuiha dilakukan mengikut syarat-syarat berikut:- 1. Meninggalkan maksiat yang dilakukan segera. 2. Berazam tidak akan mengulangi kemaksiatan tersebut lagi. 3. Memohon keampunan atas kemaksiatan lalu dan memohon pertolongan agar Aallah menolong kita denganmemberi kekuatan untuk tidak menghampiri kemaksiatan tersebut sebaliknya mendekatkan kerah ketaatan kepadaNya. 4. Sekiranya kemaksiatan tehadap Allah tersebut berkait rapat dengan kesalahan terhadap sesama manusia, maka hendaklah ( disamping diatas ) : i-
Memohon maaf dan menceritakan kesalahan tersebut sekiranya tidak dibimbangi kemudharatan atau Wallahukalam |