![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum, Saya dari Kuala Lumpur, sudah berkahwin dan ada 2 anak. 1. Sejak kebelakangan ini, isteri saya selalu mengelak untuk bersetubuh dengan saya. Biasanya bila tiba masa yang sesuai, dia akan bagi 'hint' yang dia tidak bersedia untuk itu. Saya faham mungkin dia betul letih bekerja atau kerana terlalu kerap melakukannya atau kurang suka mandi tengah malam. Paling lama pun 10 hari sekali kami 'bersama' tapi sekali-sekala 2 kali seminggu bila moodnya elok. Biasanya seminggu sekali. Ini kadang-kadang membuatkan saya tidak dapat menahan nafsu saya dan ada masanya saya melancap sendiri. Betulkah tindakan yang saya selalu ambil ini atau perlukah saya memujuknya untuk 'bersama' dengan lebih kerap? 2. Kadang-kadang, saya ingin sekali merasa isteri saya bermain-main zakar saya dengan mulutnya sehingga terpancut mani. Bolehkah saya memintanya berbuat demikian atau ianya hanya satu bisikan syaitan yang tidak patut kami lakukan dan saya perlu memohon doa agar keinginan sebegitu dijauhkan dari saya? Saya pernah memintanya bermain-main zakar saya dengan tangannya sehingga terpancut tapi kami merasa ragu-ragu jika ini adalah perbuatan yang tidak patut kami lakukan. Tapi sekurang-kurangnya, tindakan ini mengurangkan kemungkinan kami memperoleh anak lagi. Kami ini tidak berduit tapi banyak berhutang jadi kami memang mengelak untuk mendapat anak lagi. Isteri saya kurang selesa saya memakai kondom dan juga kurang setuju kalau dia terpaksa makan pil perancang. Saya harap tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini. Wassalam Hamba Allah |
|
Jawapan : |
Alhamdulillah di atas soalan yang telah diberikan, didoakan semoga saudara/saudari tidak segan silu untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih tahu. Benarlah kata-kata ulama` "tiada perasan malu dalam mendalami ilmu agama",kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya &ldots;.dengan katanya ( Semoga Allah merahmati wanita Ansar,mereka tidak malu untuk bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama ) walaupun dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit hubungan suami isteri. Hubungan antara suami isteri merupakan satu perkara penting dan utama dalam menjamin kelangsungan ikatan rumahtangga. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian (nauzubillah anhu jamian). Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan ianya satu persoalan remeh temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan &ldots;. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan biasa. Namun Rasulullah S.AW sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda ((AKULAH ORANG YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku)) riwayat Muslim. Islam telah menjadiakan `hubungan seks' antara dua suami isteri ini sebagai ibadat kepada Allah s.w.t berdasarkan manfaatnya yang besar perseorangan,ummat dan juga islam &ldots;. antaranya ia dapat menjaga diri,keturunan,agama,menguatkan islam dan sebagainya . Justeru itulah , Rsulullah S.A.W bersabda (( SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala. Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala ?!, Rasul dengan hikmah menjawab : benar bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa , begitu juga dengan persetubuhan yang halal)) riwayat Muslim , juga merupakan hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi). Islam memang menberi perhatian serius dalam mengubati masalah ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiannya. Sebagai nasihat, kami menggariskan beberapa perkara untuk dijadikan tips pengubat bagi mengatasi masalah saudara. 1. Nasihat dan sedarkanlah isteri saudara tentang ikatan kekeluargaan dan kepentingannya serta yang berkaitan dengan hak-hak suami kepada isteri dan hak-hak isteri kepada suami. Bagaimana si isteri perlu motivasi daripada suami dalam segenap aspek, hatta dalam 'perhubungan dalaman ini'selama mana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Rasulullah S.A.W sebagai idola kita telah menunjukkan teladan yang baik sebagai suami mithali &ldots;.. baginda bersabda ((Sekiranya suami mengajak isteri bersama maka WAJIB bagi isteri memenuhinya walaupun ketika dia sedaang membakar roti [memasak] ))riwayat Termizi. Islam juga menegah isteri dari menolak permintaan suaminya tanpa keuzuran yang begitu mendesak, kerana suami akan terseksa denga gelojak nafsunya itu dan mungkin ternanar melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat seperti melancap sendiri, berkhayal benda-benda buruk ataupun mencari perempuan lain untuk memuaskan gelojak nafsunya. Atas paksi inilah Rasulullah S.A.W menegaskan dalam sabdanya lagi (( Jika suami mengajak dan isterinya menolak untuk bersama lalu suami tidur kecewa dan marah kepadanya, nescaya malaikat akan turut sama melaknati si isteri hinggalah pagi))riwayat Bukhari dan Muslim. Namun suami juga perlu banyak hikmahnya &ldots;.janganlah terlalu menuruti nafsu hingga membelakangi keperluan isteridan keupayaannya. Pandai-pandailah melihat keadaan dan situasi serta jangan terlalu mendesak. 2. Yang seeloknya, cubalah anda alami masalah isteri dan berbincang dari hati ke hati tentang perkara ini, demi kebahagian bersamanya dan kalau boleh dekatilah majlis-majlis ilmu serta orang-orang alim yang arif dalam tentang persoalan ini, hayatilah dan insafilah pengajaran daripadanya. Kami cadangkan saudara mendengar kaset-kaset pengajian 'Kitab Bahrul Mazi' dalam kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad berhubung perkara ini. Dalam perkara ini juga Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya` Ulum Muddin(juzu` 2) berkata : Masa terbaik untuk mendatangi isteri adalah 4 hari sekali, kerana ia lebih adil dan fleksibel namun ianya juga bergantung kepada hajat dan persetujuaan keduanya dalam menjaga hubungan, dan mengelak maksiat. 3.Berkaitan dengan hukum melancap sendiri ianya tidakdibenarkan sama sekali dalam islam hingga ada ulama`yang mengatakan "Tidak ada air yang boleh menyucikan 'tubuh' orang yang melancap sendiri" wallahu`lam. 4. Hubungan suami isteri adalah unik dan istimewa. Dalam Quran tuhan menjelaskan yang bermaksud ( Datangilah tamanammu itu [isteri] dalam dalam keadaaan mana saja kamu sukai ) kecualilah melalui dubur dan dalam waktu haid. Allah juga menegaskan ( Mereka itu [isteri] adalah pakaian bagi kamu adalah pakaian untuk mereka ), hayatilah perumpamaan agung dari Allah ini tentang hubungan suami isteri, bukankah pakaian itu membawa banyak erti dan antaranya ia melambangkan tutupan, jagaan tempat pemanas, penggabungan, hiasan dan kecantikan&ldots;.ya.. begitulah semestinya hubungan antara suami isteri. Justeru itu, islam agama yang mulia membenarkan segala perlakuan yang boleh membawa kenikmatan dan kebahagiaan anatara perasaan suami isteri, islam membenarkan kita mendatangi isteri kita dengan apa cara sekalipun seperti dari depan, tepi, atas dan sebagainya cuma diharamkan melalui dubur sahaja. Kerana ia menyerupai perbuatan terkutuk Kaum Nabi Luth. Begitu juga, segala aksi yang saudara sebutkan itu adalah dibolehkan, begitu juga dengan menggunakan paha, perut atau dengan tangan isteri adalah harus pada pandangan jumhur para ulama`. Akhir kata, Nabi pernah bersabda ((Kahwinlah perempuan yang penyayang dan subur sesungguhnya aku amat berbangga dengan umatku yang soleh dan ramai di akhirat nanti)) hadis soheh. Kami menasihatkan kepada saudara agar membaca siri soalan yang lepas kerana disana terdapat banyak penerangan tentang hubungan seks suami isteri. Wallahukalam |