ASB

SOALAN

Assalamualaikum Dr.

1. Apa hukumnya, bahawa saya telah memasuki Amanah Saham Bumiputra (ASB) melalui pinjaman selama 10 tahun iaitu potongan bulanan. Bagaimanakah harus saya hendak memberhentikannya dan dividen tersebut diperolehi, bagaimana digunakan atau harus disalurkan melalui baitulmal bukannya dibuat untuk tujuan makan (menjadi darah daging)? Harap saya dapat penjelasan dari Dr.

UMI AIKA..

JAWAPAN

Assalamulaikum..

 Ketua Persatuan Ulama Malaysia , Ustaz Ahmad Awang telah mengeluarkan fatwa bahawa malabur di dalam A.S.B . adalah haram kerana ia terlibat dengan kegiatan pernigaan yang tidak halal .Oleh itu sebagai seorang Islam yang menyedari bahawa tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredaan Allah , maka kita perlu menarik keluar wang yang telah kita laburkan dengan segera .

 Selepas itu proses yang dikenali sebagai proses " pemebersihan perlu dilakukan". Kita hanya berhak menggunakan wang asal kita .( modal asal yang kita gunakan untuk melabur ) . Sementara itu wang dividen ( keuntungan yang diperolihi hasil daripada pelaburan ) boleh di salurkan ke tempat-tempat kabajikan dan sebagainya . Wang ini tidak boleh digunakan sama sekali untuk perbelanjaan diri kita dan juga sesiapa di bawah nafkah kita di dalam apa bentuk sekali pun , makanan , pakaian , membina tandas dan sebagainya .

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud : "sekiranya kamu bertaubat maka untuk kamu modal-modal kamu , kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi .

Oleh itu , umat Islam yang malabur di dalam institusi kewangan seperti ini , perlu mencari alternatif yang lebih diyakini halalnya . Mungkin saudara boleh melabur di KOHILAL dan sebagainya

 Biarpun keuntungan sedikit tetapi yang penting ianya benar-benar suci demi kabahagian hidup kita di dunia dan di akhirat .

Wallahuaklam....