AIR YASIN

Soalan :

Assalamualaikum,

Saya tinggal diKemaman, dimana tempat tinggal saya,, penghuninya tebal dengan fahaman UMNO. Tiap malam jummat akan diadakan bacaan surah yasin beramai-ramai,disertakan pula dengan botol-botol air,tujuan air tersebut kurang pasti,mungkin untuk dibuat ubat.

Kemusykilan saya adakah Nabi ada berbuat dimikian? atau itu cuma budaya orang melayu?. Apakah hukum kalau kita cuma percaya surat yassin cuma untuk berubat saja, tetapi tidak beramal dengannya?

Orang Kemaman


Jawapan :

Oleh Ust. Hj Bakri Hj Aziz

Berhubung dengan persoalan adakah Nabi pernah melakukan perkara tersebut. Setakat pemerhatian saya, bahawa saya belum berjumpa ddengan hadis yang menyatakan Nabi pernah membaca Surah Yasin secara beramai-ramai diletakan botol air untuk tujuan berubat. Namun begitu disana terdapat banyak hadis yang menyatakan boleh berubat dengan menggunakan petikan daripada ayat Quraan atau surah daripadaya. Seperti yang pernah diriwayatkan bahawa ada sorang sahabat Nabi dan rombongannya kesuatu kampung tiba-tiba ia dapati ahli kampung tersebut tidak melayan mereka sebagai tetamu. Namun mereka bersabar. Seterusnya dengan takdir Allah ketua kampung tersebut terkena patukan ular lalu mereka meminta bantuan daripada sahabat tadi. Sahabat itupun membaca surah Al-fatihah dengan izin Allah ketua itupun sembuh. Akhirnya mereka dilayan dengan baik. Apabila mereka kembali kepada Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi Rasulullah pun mengikrarakan perkara tersebut, iaitu mengatakan perkara tersebut dibolehkan.

Kalau kita melihat ayat Al-Quraan sendiri, jelas disana banyak ayat yang mengatakan bahawa Al-Quraan ini terdapat padanya syifa' ( penyambuh) seperti firmannya didalam Surah Al Isra' ayat 82 yang bermaksud:

" Dan Kami turunkan daripada Al-Quraan itu apa yang berupa syifa' dan rahmat"

Jelas sekarang bahawa perubatan atau berubat denga ayat Al-Quran dibolehkan. Cuma cara yang diceritakan tak dipastikan kewujudanya. Mungkin ianya di qiaskan kepada hadis denga kata sepakat bahawa kedua-duanya adalah berubat dengan ayat Al-Quraan.

Dalam sepotong hadis Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan bagi kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang kepada keduanya iaitu Al-Quraan dan As-Sunnah".

Dari hadis diatas ternyatalah bahawa Al-Quraan dankandugannya merupakan pegangan bagi orang yang beriman. Di dalamnya terkandung segala peraturan atau tatacara hidup dalam pelbagai bidang kehidupan, ekonominya, politiknya, sosialnya dan sebagainya.

Bagi menjawab persoalan apakah hukum orang yang menggunakan Al-Quraan untuk berubat atau satu tujuan sedangkan tujuan lain diabaikan seperti berikut:- terlebih dahulu kita mengenali bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan:-

1. Jahil. Golongan ini boleh di maafkan, akan tetapi menjadi kewajipannya untuk menuntut ilmu.
2. Berpengtahuan. Golongan ini juga terbahagi kepada dua golongan:

i- Tahu dan tidak mengamalkan tetapi tidak mengingkari kebenaran Al-Quraan.
ii- Tahu dan tidak meramal dan mengingkari kebenaran.
iii- Tahu, beramal. Golongan ini yang berjaya.

Di sini ingin saya tegaskan berhubung dengan golongan ( i ) dan ( ii ) . Golongan ( i ) disifatkan sebagai fasiq. Manakala golongan ( ii ) pula adalah golongan yang paling bahaya. Ini kerana dengan keingkarannya itu boleh membawa kepada terkeluarnya daripada Islam.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang yang beriman dengan Allah dan kitabnya, seharusnya kita mengamalkan kaandungan Al-Quraan sepenuhnya, bukan kepada sesuatu aspek sahaja. Ini kerana dibimbangi takut-takut kalu kita tergolong didalam golongan yang ditemplak oleh Allah Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud:

" Apakah kamu beiman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengan yang lain, maka tidak ada balasan bagi mereka melainkan kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang bersangatan di Akhirat"

Kita juga bimbang kalau-kalau kita termasuk dalam golongan orang yang zalim atau munafik atau kafir seperti mana firman Allah 6yang bermaksud:

" Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang kafir"

Dan apa yang paling ditakuti ialah dengan keingakaran kita beramal dengan sepenuhnya kandungan Al-Quraan membawa kita terkeluar daripada Islam dan Iman.

Wallahuaklam.