![]()
|
|
Soalan : |
Assalamulaikum Harap tuan dapat jelaskan bilakah bermulanya golongan anti-hadith atau ingkar sunnah dan dari negeri mana? Terima Kasih Jamaliah Bte Ali <cermin@pacific.net.sg> |
|
Jawapan : |
Oleh Ust NAzri Dollah Sebenarnya golongan anti hadis bermula semenjak kurun ke dua hijrah . Imam Shafie di dalam salah satu karyanya menyebut tentang perdebatan yang berlaku di antara beliau dan golongan ini . Golongan lansung tidak mendapat tempat di dalam masyarakat Islam , lebih-lebih lagi apabila para ulama berpendapat bahawa menolak hadis adalah satu kekufuran . Di dalam zaman moden ini , para orientalis Barat menggunakan isu ini untuk menghancurkan Islam . Berapa karya mereka hasilkan di atas nama kajian ilmiah untuk menolak prosa-prosa sastera zaman Jahilliyyah dan seterusnya hadis-hadis Nabi s.a.w. Akibatnya terpengaruh dengan karya-karya ini , muncullah di Mesir beberapa orang yang mula mempertikaikan hadis . Di antara mereka adalah Rashad Khalifa , Mohd . Amin dan akhirnya sampai ke Malaysia individu yang mebawa hujjah-hujjah lama yang digunakan oleh golongan ini sewaktu berdebat dengan Imam Shafie kira-kira 1200 tahun dahulu . Wallahukalam |