![]()
|
|
Soalan : |
assalamualaikum, saya seperti nama dan alamat email di atas ingin bertanyakan beberapa perkara. soalan saya dan cerita saya berbunyi begini. Saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk bidadari syurga. didalam buku itu ada menyatakan bahawa, di akhirat kelak dan disyurga, kita akan ditemukan semula dengan kekasih dan juga isteri kita yang telah kita kahwini semasa didunia. Tetapi dengan syarat, isteri itu tidaklah kita ceraikan semasa kita hidup. Sama ada kita sebagai suami yang pergi dahulu ataupun isteri kita pergi meninggalkan kita dahulu, di akhirat nanti kita akan ditemukan semuala dan hidup disana sebagai mana didunia. soalan saya berbunyi begini.
* adakah ianya kenyataan ini benar ? diharap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini. sekian terima kasih. Faizal |
|
Jawapan : |
Waalaikumussalam Berhubung dengan kenyataan yang saudara baca itu ianya benar. Seorang suami akan ditemukan semula dengan Isterinya dengan syarat kedua-duanya benar-benar beriman. Bahkan mereka akan lebih bahagia jika dibandingkan dengan kehidupan didunia. Ini kerana kehidupan di Syurga ini penuh dengan nikmat yang tak terbanding ( lihat tafsir Al-Quraan Surah Al-Waaqiah) Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang maksudnya: " Dan celup sehina-hina hamba didunia ini dengan satu celupan kedalam syurga. kemudian di keluarkan semula, maka ditanya adakah kamu dapati sebarang kecelakaan lagi? Maka ia menjawab: tidak ( kerana dia melihat nikmat yang tidak ternilai didalam syurga)". Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, mereka (suami isteri) dimasukkan dalam keadaan mereka muda perawan lagi. Sehingga dalam sebuah hadis yang bermaksud : Apabila mereka ( suami) mendatangi isterinya maka dikembalikan semula daranya". Mereka tidak pernah merasa jemu sesama mereka dan mereka akan kekal sebagai suami isteri disamping menikmati nikmat syurga yang tidak terkira banyaknya. Sila lihat jawapan lepas " Bidadari Syurga" |