MASALAH GAMBAR DAN KAABAH ATAS SEJADAH

Soalan :

Assalammualaikum

Soalan 1

Apakah hukumnya jika kita membuat satu frame gambar iaitu gambar orang atau gambar binatang yang bersaiz 11Rx4R lalu dijadikan sebagai satu perhiasan di dalam rumah?

Soalan 2
Apakah hukumnya gambar kaabah yang ada di atas sejadah, kita menjijaknya (bila berada dalam masjid atu di rumah) ?

Daripada Marina


Jawapan :

Soalan satu

Sabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya para malaikat tidak memasuki rumah yang didalamnya anjing, patung dan juga gambar "Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.

Islam mengharamkan patung dan gambar makhluk-makhluk yang mempunyai roh umpama manusia dan haiwan kerana itulah sejarah senibina dan ukiran Islam hanya terkenal dengan gubahan abstrak arca-arca tumbuhan, ukiran dan bukannya patung. Allah juga telah menjanjikan azab yang pedih bagi para pembuat patung dan pelukis. Ini kerana mereka seolah -olah ingin meniru dan menukar ciptaan Allah SWT. Jesteru itu jugalah Nabi pernah bersabda : " Sepedih-pedih azab dineraka adalah bagi para pelukis (pembuat patung ) Riwayat Bukhari.

Dalam masalah yang saudara sebutkan ianya merujuk kepada persoalan bolehkah kita menggantung gambar-gambar manusia atau haiwan sebagai perhaisan dirumah. Para ulamak berpendapat tidak harus ( haram ) bagi kita untuk menggantungkan gambar gambar yang sedemikian. Ini kerana ianya mengambarkan kita seolah-olah terlalu mengagongkannya sedangkan keagongan hanyalah milik Allah Taala sahaja.

Sebenarnya di dalam masalah ini ada dua kes. Pertama, haram mengambil gambar-gambar makhluk bernyawa untuk hiasan dan keduanya haram mengantingk gambar untuk tujuan mengagongkannya. Kalau saudara terlalu perlu untuk menggantungkan gambar-gambar itu sebagai hiasan, tukarlah ia denga pokok-pokok atau benda yang tidak bernyawa sebagaimana pandangan Ibnu Abbas dalam persoalan ini yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Soalan 2

Hukum gambar Kaabah diatas sejadah adalah harus ( tidak berdosa ) dan kita boleh menggunakannya dengan apa cara sekalipun selama mana ia tidak bermaksud untuk menghinanya dan memperkecilkannya. Tetapi sesiapa yang memijaknya dengan niat memperlekehkan masjid, ia umpama telah menghina satu syiar dari syiar Islam dan ianya boleh membawa kepada kufur.

Wallahuaklam