ayat kursi

Soalan :

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya bilakah ayat kursi diturunkan dan mengapa ia diturunkan.

Email fadhil14@hotmail.com

fadhil dari kajang.


Jawapan :

Ayat Kursi merupakan ayat yang ke - 255 daripada Surah al-Baqarah . Dan ulama telah bersepakat mengatakan bahawa surah al-Baqarah merupakan surah Madaniah . Iaitu ianya diturunkan selepas penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah .Imam Al-Qurtubi telah meriwayatkan di dalam Tafsirnya bahawa ayat Kursi ini turun pada waktu malam dan ketika turunnya ayat ini Rasulullah tlah memanggil Zaid supaya menulisnya .

Ayat ini tidak mempunyai sebab turunnya yang khusus seperti sesetengah ayat Al - Quran yang lain yang mempunyai sebab-sebab ia diturunkan . tetapi kita boleh mengatakan bahawa ayat ini diturunkan untuk menerangkan tentang keagungan Allah S.W.T sebagai Tuhan Sekalian Alam dan Pentadbir Alam Semesta .ini bertujuan untuk menambahkan keimanan kita kepad Allah S.W.T. Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ibnu Hanafiah : "Ketika ayat ini turun , telah runtuk semua patung-patung di dunia dan telah jatuh raja-raja di dunia beserta mahkota-mahkota mereka , dan para syaitan bertempiaran lari sehingga mereka menemui Iblis dan mengadu perihal kepadanya. Lalu mereka diperintahkan untuk menyiasat apakah yang berlaku. Lalu mereka telah pergi ke Madinah dan mendapati bahawa ayat Kursi telah diturunkan.

Berkenaan dengan kelebihan-kelebihan ayat Kursi, ianya adalah merupakan penghulu bagi Al-Quranul Karim .Ianya juga boleh dijadikan doa untuk keselamatan diri daripada makhluk halus dan banyak lagi kelebihan - kelebihan lain sebagaimana yang dimaklumi.