![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum.... Di sini saya ada persoalan yang hendak dikemukakan. Saya ingin bertanyakan mengenai masalah adat. Saya ingin tahu adakah salah di sisi agama islam,jika kita mngamalkan adat yang tiada dalam agama islam.Saya orang negeri sembilan yang terlalu banyak dengan adat dan apakah hukumnya,kerana ada ustaz mengatakan sebarang adat adalah salah jika diamalkan. Wassalam Zakaria Zakaria" <saidina_umar@hotmail.com |
|
Jawapan : |
Di dalam Islam , setiap urusan atau perlakuan manusia itu terkandung di dalam tiga unsur hukum iaitu , yang disuruh (wajib/sunat) yang dilarang (haram/makruh) dan ketiganya perkara yang diberi pilihan samada hendak melakukannya atau tidak (harus). Kesemua perkara ini adalah berdasarkan kepada dalil yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta dihuraikan oleh para ulama. Persoalan adat , secara kebiasaannya bagi kita masyarakat Timur , dikaitkan dengan tatacar adan akhlak . Namun demikian ia tidak terkeluar dri lingkunagn hukum yang disebutkan di atas.Ada adat yang memang disuruh oleh agama , dan kita wajib beramal dengannya, seperti menghormati orang tua dan sebagainya , begitu juga adat yang bertentangan dengan agama , sudah semestinya wajib ditinggalkan . Adapun adat yang tidak ada tegahan atau suruhan oleh agama , maka kita bebas untuk mengikutinya atau meninggalkannya.Dan kita tidak boleh dianggap 'salah' ataupun berdosa sekiranya kita melanggari adat yang jnis ketiga ini , cumanya mungkin masyarakat setempat akan memandangnya sebagai 'kurang manis' . Wallahu a'lam ![]()
|