SEJARAH SEKOLAH


GURU BESAR

 

Sejak sekolah ini memulakan operasinya pada 1 Mac 1989 sehinggalah sekarang ianya ditadbir oleh Encik Yakub Bin Uton. Dengan pengalaman yang ada sikapprofesionalisme dan prihatin yang beliau tunjukkan semasa menjalankan tugas menyebabkan sekolah ini bergerak mengikut kehendak yang diharapakan. Arahan-arahan pentadbiran dari semasa ke semasa telah disampaikan secara tegas dan eksplisit. Ini adalah untuk menjamin kelancaran perjalanan pentadbiran agar setiap kakitangan berkhidmat dengan lebih cepat dan produktif. Dalam banyak hal beliau sering menggarap seriap persoalan yang terlibat sebelum mengambil tindakan. Bidang kurikulum telah diberikan prioriti yang primer daripada bidang kurikulum tanpa sebarang kompromi. Sehingga adakalanya beliau menjanjikan prestasi akademik murid sebagai kayu pengukur atau prasyarat dalam penilaian prestasi guru itu sendiri. Visi beliau yang utama ialah untuk melihat pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 1994 berada di atas paras 50% untuk merealisasikan misi tersebut beliau telah mengarahkan setiap guru memainkan peranan membimbing para murid semasa ke semasa melalui projek Anak Angkat.

 

 BACK
 HOME