Biodata

Siapa Ena?

Sebenarnyakan, saya malas nak cerita pasal diri sendiri nih. Rasa malu semacam je. Kang nanti tah apa-apa jelah yang saya tulis kang. Tulis panjang-panjang pun bukannya ada orang nak baca. Tapi kang tak tulis kang orang tak kenal lak sapa Ena yang cantik molek nih (perasan kejap).

So, camana nak start, eh? Tah, ikut suka jelah. First sekali, nama betul saya ialah Azleena Mohamed Yusuf. Saya orang Negeri, walaupun mak ngan abah orang Kelantan. Dah lahir kat NS, takkan nak ngaku orang Kelantan lak, ye tak? Kalau tak silap sayalah, saya dilahirkan pada 25 April, 1976 dulu. Itu kalau tak silaplah, kan. Kalau silap tu, mintak maap jelah. Saya ada empat orang adik-beradik. Saya anak nombor 3. Sebenarnya kat rumah orang panggil saya Lily, tak pun Adik, sebab saya anak bongsu perempuan. Suma sedara saya panggil saya Lily. Kat sekolah je kengkawan panggil Ena. Tak pun Leen, tak pun Leena, tak pun Az, dan sebagainya lagi. Cuma Azleen je tak pernah dengar orang panggil lagi. Tak tau apasal. Nak tau kenapa abah saya kasi nama Azleena? Dulu abah saya minat betul kat Azlina Aziz penyanyi tu. So dia letaklah nama anak perempuan dia Azleena. Ejaan lain sikit, biar kasi komersil.

Kak Long nama betul dia Yusnita, sekarang ni kerja kat Seremban. Nak tunang 25 April nih. Abang nombor 2 nama dia Rizal E Zurri, tapi panggil Abang Mai sebab dia sakit time kecik-kecik dulu. Dia dah kahwin dah. Anak 2. Yang sulung Erna Nadia, adik dia Erna Nazirah. Adik bawah saya nama dia Mohd Ezwan, panggil Dik Wan je. Abah saya kerja kat Seremban gak. Mak lak tak kerja. Duduk rumah jadi surirumah rumahtangga. Camtulah serba sedikit pasal diri saya. Lagi nak tau pasal apa? Ooo... pasal kaler kegemaran, makanan kegemaran, semua-semua tu ye? Boleh, boleh. Meh sini kalau nak dengar saya cerita lagi.

Cuba teka saya suka kaler apa? Hijau? Sapa teka tu? Pandai betullah dia tu. Tengok jelah hp saya ni; penuh ngan kaler hijau. Sampai hijau biji mata saya ni ha. Tak kisahlakan, dah suka, nak buat camana. Saya suka makan tom yam, asam pedas... apa lagi, eh? Rasanya semua benda saya makan. Tapikan, saya tak makan sayur, tau. Apa jenis sayur punlah. Janganlah nak paksa-paksa saya makan. Memang tak berjamahlah benda tu. Tah, memang dari kecik lagi camtu. Banyak orang dah nak cuba paksa saya makan, tapi seorang pun tak berjaya setakat berita ini ditulis. Minuman lak saya suka Fanta grape. Tak pun Coke jelah.

La... cerita-cerita pasal kegemaran ni lupa lak nak cerita pasal pencapaian akademik (chewah!) saya lak. Saya dulu sekolah Convent kat Seremban sampai Form 5. Pastu, threelah, kan? Sori, melawak. Pastu saya dapat tawaran buat Foundation Studies kat MSM Trolak. So saya ni under MARAlah kiranya.Ni kira macam preparation studieslah sebelum saya fly gi Australia nak buat accountancy. Lepas saya buat Foundation setahun, saya buat first year kat Trolak setahun. Pastu barulah saya fly lepas dapat tempat kat Queensland University of Technology (QUT) untuk buat accounting. Saya sampai Brisbane ni pertengahan tahun 1996. So, insyaAllah kalau takde aral saya tamat belajar dalam bulan 6 tahun 1998lah. Sama-samalah doakan kejayaan saya. Kalau boleh tak nak dah duduk lama-lama kat sini. Dah lama sangat dah rasanya tak balik Malaysia ni. Rindu sangat sebenarnya ni. Tapi nasib baik ada 'abang' saya tolong temankan. Tapi dia nak balik dah bulan 3 ni. So, kena tinggallah saya. Takpe-takpe, tak lama lagi dah. Bulan 6 je.

Eh, dah cukup panjang lum saya mengomel nih? Apa? Tak cukup lagi? Sebenarnya saya dah tak larat nak tulis lagi dah ni. Kalau ada apa-apa nak tanya ke, nak berkenalan ke, e-mail jelah, ye? Kang saya balaslah (kalau rajin). Babai semua. Senyum selalu. Assalamu'alaikum.

dot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau la

p/s: Resume Ena telah pun disiapkan. Silalah berkunjung ke laman ini. Thanks. -- Abang.

dot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau ladot kaler hijau la



| index | biodata | guestbook | links | sajak? | gambar |










This page is hosted by Geocities. Get your FREE homepage here.
Hakcipta © 1998 Ena. Hakcipta terpelihara. Jangan ngada-ngada nak tiru. Sekeh kang. Baru padan muka. :-b

Index
Biodata
Guestbook
Links
Sajak?
Gambar
E-mail
Exit





























kucing main bola