UFO

Soalan :

Assalamulaikum

1. Apakah pandangan Islam tentang UFO ? mohon dijelaskan bersandarkan nas-nas al-quran dan hadith serta pandangan ulamak islam.

"dgsiti daud" <dgsiti@hotmail.com>


Jawapan :

Oleh Ust Nazri Dollah

Imam Al-Qurtubi , sewaktu mentafsirkan surah Al-Fatihah telah membawa beberapa pendapat tentang alam ini :

1- Imam Wahab bin Munbih berpendapat bahawa Allah s.w.t. mempunyai 18,000 alam dan alam dunia adalah salah satu daripada alam .

2- Abu Said Al-Khudri berkata bahawa Allah s.w.t. mempunyai 40,000 alam . Bumi ini daripada timur hingga ke barat merupakan satu alam .

3- Al-Muqatil berpendapat bahawa : Jumlah alam ialah 80,000 , 40,000 di daratan dan 40,000 di lautan .

Jadi di sana terdapat alam-alam lain daripada alam kita . Jadi para ulama tidak menolak tentang kewujudan makhluk-makhluk yang mendiami alam-alam ini .Dan di antara alam yang dekat dengan kita adalah alam jin dan alam haiwan .

Mengenai masalah U.F.O . yang digembar -gemburkan , Abu Hasaan An-Nadwi mengatakan bahawa ia adalah satu bentuk propoganda Amerika Syarikat . Ini adalah kerana di sana terdapat satu teori psikologi yang mengatakan bahawa manusia boleh disatukan apabila mereka berjaya ditanamkan perasaan benci dan takut kepada sesuatu benda . Tektik ini selalu digunakan di dalam sesebuah revolusi .U.F.O. seperti yang digambarkan oelh filem-filem Hollywood , sentiasa dilengkapi dengan senjat-senjata dan teknologi canggih untuk menakluk dan memusnahkan dunia . Jadi ini akan menimbulkan rasa takut kepada manusia dan benci kepada U.F.O. ini . Jadi disini mereka memerlukan seorang hero yang mempunyai kecanggihan teknologi yang sama untuk menyelamatkan mereka. Jadi di sini Amerika akan muncul sebagai hero tersebut , dan seluruh dunia mesti berdiri di belakang mereka untuk menyelamatkan dunia ini . Apabila perkara ini berjaya di tanam terutamanya di dalam jiwa kanak-kanak ,ia akan membantu hasrat mereka untuk menjadi polis dunia di dalam order dunia baru .

  1