![]()
|
|
Soalan : |
ASSALAMUALAIKUM? SAYA INGIN BERTANYA BAGAIMANA TENTANG KEDUDUKAN SAKSI DALAM HUKUM ISLAM MAKSUD HUDUD. CONTOH APABILA SESEORANG MENCURI,BERZINA DAN MEMBUNUH. ADAKAH SYARAT-SYARAT SAKSI. SOID BIN ABDUL RAZAK |
|
Jawapan : |
Oleh Ust Ahmad MUbarak Abdul Razaq Syarat-syarat saksi dalam perundangan Islam: Kesalahan Berzina: Berzina melakukan persetubuhan haram,atau dengan kata lain di luar nikah.Dan ia disabitkan melalui dua cara : 1) pengakuan oleh pesalah mengikut syarat-syarat tertentu; sebagaimana yang berlaku pada seorang sahabat Rasulullah S.A.W Ma'iz bin Malik(peristiwa ini dirakamkan dalam 'Sahih Muslim') . 2)penyaksian oleh 4 orang saksi megikut syarat-syarat yang akan diterangkan nanti.Perlu dingatkan kesalahan berzina untuk disabitkan dengan cara penyaksian ini sangat sukar,di mana saksi seramai 4 orang ini ( paling minima ) diwajibkan melihat kejadian tersebut tanpa syak iaitu saksi melihat zakar lelaki(hasyfah) betul-betul masuk ke dalam kemaluan wanita(faraj), bukan hanya bersentuhan, berciuman, dsbgnya. #Jika saksi tidak mencukupi bilangan 4 orang , maka bagi mereka yang menyaksikan kesalahan tersebut dianjurkan supaya tidak menghebohkan perkara tersebut.Dan ia termasuk dalam menyembunyikan keaiban manusia. Dan disinilah lahirnya peranan pendakwah untuk menyeru pesalah zina ke pintu taubat. Kesalahan mencuri : Mencuri satu kesalahan yang amat besar dalam perundangan islam.Ia ditakrifkan sebagai mengambil harta tanpa pengetahuan empunya-nya dalam keadaan tersembunyi.Manakala merompak ia dikatogerikan dalam Al-Hirabah kerana ia mengambil harta orang lain atau mencuri dalam keadaan terang. Kesalahan mencuri disabitkan melalui 2 cara juga: 1) pengakuan oleh pencuri itu sendiri. 2) Penyaksian oleh 2 orang saksi Kesalahan Membunuh: Membunuh sebenarnya dikatogerikan dalam kesalahan Al-Qisas.Dimana orang yang membunuh dengan sengaja , akan dihukum balas iaitu dibunuh juga melainkan ia dimaafkan oleh keluarga mangsa yang dibunuh tadi dan pembunuh selepas itu akan dikenakan Ad Diyat jika diminta oleh keluarga mangsa. Ia disabitkan melalui 3 cara : 1) pengakuan oleh pembunuh 2) penyaksian oleh 2 orang saksi 3) sumpah bersyarat Syarat-syarat Saksi: 1. Seorang yang islam. 2. Berakal dan baligh 3. Lelaki 4. Saksi seorang yang adil(yang tidak melakukan dosa besar dan tidak terterusan dalam melakukan dosa kecil) 5. Bukan hamba 6. Saksi yang melihat sendiri kesalahan zina,bukan berita yang disampaikan oleh orang lain. 7. Saksi yang tidak di dalam pertuduhan(diragui dengan penyaksiannya) 8. Seorang yang dapat melihat dengan baik 9. Saksi yang dapat bercakap , tidak bisu. 10. Bukan seorang yang lalai atau nyanyuk 11. Penyaksian dalam satu pertemuan, perjumpaan atau majlis oleh keempat-empat orang saksi tadi.Contohnya :Saksi yang 4 itu pergi bertemu Qadhi pada hari yang sama dan membuat pengakuan pada masa yang sama. |