Untuk mempelajari penggunaan komputer dengan baik dan berkesan kita mestilah mempunyai sesuatu prinsip dan semangat yang mendalam. Tiap-tiap orang yang tahu menggunakan komputer mempunyai cara tersendiri bagi mempraktikkannya. Terdapat beberapa petua yang boleh saya sifatkan sebagai sumber dorongan bagi saya untuk mempelajari dan menggunakan komputer berdasarkan pengalaman saya sendiri di dalam bidang ini. Berikut di bawah ini adalah 5 petua-petua bagaimana kita boleh mahir di dalam penggunaan komputer.
2. Usaha
Sekiranya kita berminat di dalam sesuatu bidang, kita sudah semestinya
sanggup berusaha bagi melayani minat kita tadi. Sebagai contoh, minat memasak
- kita mesti sanggup berusaha untuk mencuba beberapa resepi masakan dan
membeli apa-apa yang perlu untuk resepi tadi. Begitu juga dengan komputer,
jika kita telah ada komputer di rumah atau di pejabat tetapi masih belum
ada lagi dengan sambungan ke Internet, kita
mestilah berusaha untuk membeli modem dan seterusnya berdaftar untuk melanggani
Internet.
3. Ada data
Kita mestilah mempunyai data-data. Sebagai contoh, kalau kita minat
memancing, tempat yang kita pancing tadi biarlah ada ikan. Begitu juga
dengan komputer. Sebelum kita berhadapan dengan komputer dan jari kita
di keyboard, kita mestilah ada sesuatu data yang mana komputer akan dapat
membantu kita bagi memproses data-data tersebut. Contoh-contoh data adalah
dalam bentuk text, gambar, animasi, suara dan bunyi. Sumber-sumber data
adalah datang daripada peribadi kita sendiri, orang lain, pejabat, persatuan,
perniagaan dsbnya.
4. Faham sedikit bahasa Inggeris
Kita mestilah faham sedikit bahasa Inggeris kerana kebanyakkan arahan-arahan
di komputer adalah di dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh File bermakna
Fail, Copy bermakna Tiru Open bermakna Buka dsbnya, tidak susah untuk kita
memahaminya. Contoh lain kalau kita minat memasak tadi dan resepinya dalam
bahasa Inggeris, kita kenalah buka kamus sekiranya kita tidak faham apa
maknanya. Sekiranya kita agak-agak sudah pasti resepi tadi tak menjadi
dan lebih berat lagi kalau sugar(gula) di katakan salt(garam).
5. Kreatif
Kita mestilah mempunyai nilai-nilai seni di dalam bidang komputer ini.
Sama juga dengan bidang-bidang seni yang lain. Kreativiti yang tinggi akan
dapat menghasilkan mutu kerja yang baik dan indah di pandang.
[Back to Hasmadi's Main Page][Sign My Guestbook][View My Guestbook][Email Me]