(Bersedialah Sebelum Anda Terperangkap Dalam Keadaan Belum Bersedia)
Petikan oleh PerdanaMenteri kita di atas telah memberikan idea dan semangat kepada saya untuk mempelajari dunia Internet ini dengan lebih mendalam walaupun sebelum ini saya telah tahu serba sedikit tentang Internet dan telah pun mempunyai homepage peribadi (Personal Homepage). Kepada rakan-rakan saya dan pengunjung yang lain saya nasihatkan supaya jangan lepaskan peluang ini sementara hayat masih ada untuk cuba mempelajarinya dan berusaha sehingga mempunyai homepage sendiri. Kita tidak boleh lari dari dunia cyber ini kerana lambat laun kita terpaksa menggunakannya satu hari nanti. Cuma cepat atau lambat sahaja yang dapat membezakan pencapaian ini.Sekiranya tidak kesempatan, anak dan cucu kita sudah pasti akan melaluinya dan yang ruginya kita sendiri tidak sempat merasakan nikmat kesyukurannya.
" Satu bab daripada ilmu yang dapat di menafaatkan seseorang, adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya yang tidak di menafaatkan" - Maksud Al-Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul - Birri.