PENAFIAN




RAMAI INDIVIDU YANG DI JANGKITI VIRUS HIV TIDAK MEMBERITAHU PASANGAN SEKSNYA


Kesedaran mengenai perkara ini sudah ada pada saya beberapa tahun yang lalu, tetapi kerana kes-kes yang mengalami jangkitan virus HIV yang datang kepada saya tidak cukup ramai untuk dijadikan satu kajian maka perkara ini tidak dapat dibuktikan secara lebih saintifik.

Diharap tetamu kalian dapat membaca article “DENIAL” yang saya petik dari Medscape, untuk mendapat gambarannya. Mungkin ada yang mengatakan itu adalah hasil kajian dari Barat dan masyarakat kita tentunya lebih bertanggungjawab. Saya tidak boleh bersetuju dengan pandangan tersebut kerana saya mempunyai keraguan tentang sikap bertanggungjawab itu di kalangan masyarakat kita yang berisiko. Mereka yang berisiko mendapat jangkitan HIV adalah condong kepada mereka yang berupaya melakukan sesuatu yang ditegah oleh ugama dan masyarakat, maka tentunya nilai-nilai moral, etika dan tanggungjawab sivik mereka adalah lebih berkurangan. Bukan kah menjadi satu perkara yang lazim bagi kita semasa memandu kereta dijalanraya dan melihat penumpang di kereta lain membuangkan pak minuman dan makanan keluar tingkap kereta. Juga amat sukar mendapati tandas awam di Malaysia yang bersih dan tidak berbau. Walaupun satu perkara yang remeh tapi ia mengambarkan keseluruhan sikap, disiplin dan etika seseorang warganegara Malaysia secara amnya.

Berugama Islam belum tentunya melindungi seseorang dari melakukan seks luar nikah, bahkan mungkin lagi kuat godaannya jika seseorang itu salah penghayatannya. Ramai yang mengatakan kepada saya bahawa takut kepada Tuhan tidak cukup untuk menghalang diri dari mengikut hawa nafsu, tapi takut akan jangkitan HIV boleh menghalang beliau dari meneruskan hajatnya. Ini bagi mereka yang cukup kefahaman bagaimana HIV merebak dan apakah implikasinya apabila dijangkiti HIV.

Bagaimanakah pula mereka yang jahil atau secara tidak sedar atau sedar menafikan risiko jangkitan dengan melakukan seks rambang. Mungkin ada yang akan mengatakan saya terlalu membesarkan satu dua kes yang luarbiasa sikap dan tanggungjawabnya, tetapi artikel dari Medscape itu saya harap dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada semua.

Kita juga perlu ingat bahawa di Negara kita pengajaran kesihatan tidak memberatkan kepada kebaikan pengunaan kondom kerana ramai yang memikirkan bahawa pendidikan secara itu akan mengalakkan perlakuan seks rambang. Saya rasa pemikiran seperti ini sudah tidak sejajar dengan perkembangan yang pesat dalam IT di Negara kita. Bukan sahaja tak sejajar tetapi ada unsur-unsur kunonya jika anda bersetuju dengan apa yang saya lahirkan dalam INTERNET SEXUALITY.

Jadi saya tidak akan menulis satu artikel yang panjang berkenaan perkara ini, tetapi saya ingin menyudahinya dengan beberapa dialog yang belaku di alam realiti dalam tahun 1997.

Dialog ini terjadi di antara doktor dan seorang pemuda linkungan umur 30.


Doktor: “Adakah kamu tahu cara-cara bagaimana HIV dijangkiti”

Pemuda: “Ya, saya tahu doktor”

Doktor: “Adakah kamu mengunakan kondom semasa kamu melakukan 
        persetubuhan  dengan pelacur di Thailand tempuh hari?”

Pemuda: “Saya tidak mengunakan kondom doktor. Tapi saya tau 
        perempuan itu tidak ada HIV.”

Doktor: “Hmm, bagaimana kamu tau seseorang pelacur itu tidak ada
        virus HIV dalam tubuhnya?”

Pemuda: “Saya taulah doktor” (dengan nada yang tinggi dan wajah
        kurang senang)

Doktor: “Bilakah tarikh akhir kamu terdedah kepada risiko HIV?”

Pemuda: “Tiga bulan yang lalu”

Doktor: “Jadi lepas pada tiga bulan yang lalu kamu rasa kamu    
        tidak mungkin dijangkiti  HIV?”

Pemuda: “Ya, saya doktor” (dengan yakin sekali)

Doktor: “Bolehkah kamu beritau kepada saya kali terakhir kamu
        mengadakan hubungan seks luar nikah?”

Pemuda: “Minggu lepas doktor”

Doktor: “Adakah wanita ini teman yang sudah lama kamu kenali?”

Pemuda: “Tidak lama doktor, saya kenalinya pada petang itu
        apabila rakan saya memperkenalkan saya kepadanya. Pada
        malam itu saya dan perempuan itu tidur dirumah kawan 
        saya.”

Doktor: “Adakah kamu mengunakan kondom semasa persetubuhan?”

Pemuda: “Tidak doktor”

Doktor: “Boleh saya tau kenapa kamu tidak mengunakannya?”

Pemuda: “Tak best doktor, guna kondom kurang rasanya.”

Doktor: “Adakah kamu masih melakukan perhubungan dengan wanita
        itu?”

Pemuda: “Tidak, saya keluar dengannya sebanyak dua kali sahaja.
        Dia kata dia sudah ada boyfriend”.

Doktor: “Tidakkah kamu takut dijangkiti oleh virus HIV?”

Pemuda: “Tapi doktor, .... perempuan tu bukan boshia, dia orang
        baik-baik, kerja dia pun O.K”.

Penyudah kata: Dialog itu ialah dengan seorang pemuda yang berkelulusan STPM, dan mempunyai perniagaan sendiri. Adakah ini yang kita katakan, tidak takut Tuhan dan tidak takut HIV. Di sini belum diperkatakan sikap dan tanggungjawab seksualnya atau “sexual integrity”.

1998 h_ci@yahoo.com| Sign My Guestbook



BACK TO DR.HAS's MAINPAGE
|STRESS|SEXUALITY|HEAT|DENIAL|DIALOG|PARENTS|ROMANCE|
|VERANDA|NIGHT|DOKTORKU|LAUT|PAINTING|SENJA|