Dalam kehidupan semasa, pendedahan seks kepada remaja amatlah banyak dan mudah sekali. Terasa kelucuannya apabila Kementrian kita terpaksa membelanjakan banyak wang ringgit untuk membasmi bahan-bahan lucah di kedai-kedai video dan buku, apabila ianya teramat mudah didapati dari screen komputer yang mempunyai kemudahan internet.
Cara hidup and nilai-nilai murni kekeluargaan dan keugamaan diancam pengaruh-pengaruh budaya luar. Apatah lagi apabila komputer dan internet diterima atau dijadikan sesuatu yang penting dalam kehidupan. Malah lodakan maklumat yang tersedia diterokai boleh mengikat sebahagian besar masa kehidupan kepada internet. Ramai yang mengatakan yang setiap orang mempunyai pilihan samada ingin mengunakan kemudahan ini pada jalan yang baik atau tidak, tetapi mungkinkah penyataan seumpama itu mirik kepasa satu jenis rasionalisasi jika diaplikasikan secara menyeluruh.
Dari segi sosiologi, manusia merupakan “haiwan sosial” (social animal). Maka bila berada didalam dunia siber maka interaksi sosial siber jugalah yang menjadi minat utama. Oleh itu “chat” dalam betuk IRC dan sebagainya adalah tersangat popular. Malah tiada sempadan dan kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari segala ceruk rantau di dunia ini, dengan kadar bayaran yang mampu di bayar.
Jadi apa yang sukar di dapati di luar tersedia ada di dalam internet. Sebaran bahan-bahan lucah juga menjadi begitu senang. Tapak web yang menyajikan bahan-bahan erotik dan lucah di salurkan diantara satu sama lain melalui e-mail, IRC atau pun di postkan ke pelbagaian newsgroup. Sesetengah tapak web ini dapat dimasuki melalui pintu belakang tampa mengunakan “password". Dan yang paling mengancam sekali ialah apabila orang-orang Melayu atau orang-orang yang mengaku Melayu turut sama mendirikan laman-laman seks yang mengisikan cerita-cerita lucah dan ada yang turut memuatkan gambar-gambar “hard core”. Pada pendapat saya orang-orang ini mendapat inspirasi dari laman-laman seks dari Indonesia, dan laman-laman web yang memuatkan “cerita seks orang Melayu” sekarang ini sedang membiak. Setiap satu seolah-olah ingin menandingi yang lain dan yang melucukan bagi saya ialah cerita-ceritanya juga seolah-olah saling bertanding dari segi keperkasaan, kepanjangan, kekerasan, kebesaran dan kedaraan masing-masing. Tambah melucukan lagi apabila ceritanya adalah lebih hebat atau seru dari cerita-cerita Tok Guru mereka di rantau asing.
Nampaknya tiada undang-udang atau tiada cara yang boleh dilakukan untuk membendung perkara ini. Tidak kah kita ada orang yang melakukan pengawasan dan dapat mengambil tindakan, atau yang paling ironik adalah seperti kata orang-orang Indonesia bahawa mereka ini mungkin turut “terobsesi” . Agaknya berapa ramai yang mempunyai kemudahan internet di pejabat, mencuri masa untuk chatting atau menerokai laman-laman yang menghairahkan.
Jika pengaruh yang didalangi oleh orang-orang yang mengaku dirinya orang Melayu ini berleluasa maka aktiviti seks orang-orang Barat akan diterima sebagai satu norma oleh generasi baru kita nanti. Mungkin ada yang mengatakan corak pemikiran saya terlalu katastrofik atau keterlaluan. Walaupun begitu mengikut prinsip psikologi, apa yang pada mulanya ganjil jika didedahkan berterusan atau kerap-kali, ianya akan menjadi satu kelaziman pada sesuatu organisma, dan manusia tidak lari dari prinsip ini.
Bahkan sudah ada orang-orang Melayu yang mengadu tidak mengalami kepuasan perkahwinan kerana pasangan enggan melakukan “oral sex” dengannya. Bagaimanakah kita boleh menganggap ianya satu kebiasaan orang Melayu jika untuk mendapat istilah Melayu mengenainya, keluar sebagai sesuatu yang pelek, iaitu “seks mulut”. Suatu hari nanti orang-orang kita juga akan turut sama mengiginginkan seks dubur dan seks sesama keluarga sendiri. Bukan sesuatu yang anih di kalangan pakar psikiatri menerima mangsa dari perbuatan keji itu.
Mungkin ada yang akan merasa marah jika sekiranya saya mengatakan bahawa orang-orang Melayu ini adakalanya agak lemah menghadapi nafsunya. Saya beranggapan sedemikian kerana kita secara amnya berugama Islam dan tidak perlulah saya mengulangi disini apakah tuntutan dan tanggungjawab kita sebabgai seorang Islam. Walaupun kita dibentengi oleh satu kepercayaan dan pendirian ugama yang begitu suci dan murni, masih ramai yang lupa amalan dan hukum agamanya apabila berdepan dengan godaan dan nafsu. Tidakkah lebih ramai anak-anak orang Melayu yang menaggih dadah dan mengidapi penyakit HIV. Dari pengakuan yang saya terima pengunaan kondom adalah paling tidak popular pada kalangan orang-orang Melayu. Ini sukar untuk dibuktikan dengan satu kajian saintifik kerana ramai yang lebih suka berselindung dari kehendak dan amalan sebenarnya. Adakah orang-orang Melayu tidak mampu berkompromi dari segi membutuhkan nafsu mereka. Keutuhan seks orang-orang Melayu sukar di kaji dengan secara tepat.
Satu lagi gejala keseksualan di internet ialah melalui “chat”. Komunikasi di internet banyak dorongan kepada yang intim dan seksual. Mungkin kerana ciri-ciri berkomunikasi di internet banyak dapat melindungi kekurangan seseorang kepada mata pasangan yang berkomunikasi dengannya. Yang pemalu dan “introvert” amat menyenangi cara perhubungan secara “chat”. Begitu juga yang merasa rendah diri pada sifat fizikalnya. Ada kalanya individu inilah yang lebih meyerlahkan keberanian dan penonjolan dirinya semasa berkomunikasi. Apakah implikasinya kepada seseorang itu? Kebaikannya mungkin ada jika sekiranya ia menemukan seseorang yang pemalu itu dengan pasangannya, dan kita tau ramai pasangan yang bahagia di alam perkahwinan hasil dari ketemuan jodoh di internet. Akan tetapi hasil yang tidak sihat dari fenomena baru dalam masyarakat kita ini, saya telah mula mendapat kes-kes atau masalah-masalah perkahwinan, kerana pasangan terlalu menghabiskan masa "chatting" atau "cybering", yakni berseks siber, di internet. Sudah ada perkahwinan yang tergugat kerana si suami telah jatuh cinta dengan pasangan chatnya di internet. Persoalannya ialah kenapa seseorang yang telah berumahtangga itu mau menhabiskan wang ringgit membayar bil pengunaan internet kerana berchatting dengan perempuan lain, padahal dia mengabaikan pasangan yang sah baginya dan juga mengabaikan tugasan dalam rumahtangga. Ini adalah kerana berchatting biasanya boleh mengambil masa yang banyak dari kehidupan seseorang itu.
Satu fenomena yang berlaku sekarang ialah orang-orang kita mencari pasangan seks kasual melalui ruangan “chat”. Biasanya yang begitu ketara penampilannya adalah dari golongan anak-anak muda yang cepat melahirkan hasrat mereka. Apabila di soal jawab kepada mereka tentang pengetahuan mereka tentang “high risk behaviour” atau kelakuan berisiko tinggi, ternyata mereka begitu jahil sekali. Ada yang telah tahu tetapi seolah-olah mengalami “self-denial” atau menipu diri sendiri. Bagi mereka perhubungan seks jika dilakukan dengan seorang yang bukan pelacur tidak akan mendatangkan kemudaratan. Hakikatnya pasangan yang bersedia untuk hubungan kasual mungkin sudah bertukaran pasangan berkali-kali dan mereka ini mungkin lebih teruk dari seorang pelacur. Seorang pelacur itu mungkin melacurkan diri kerana kesempitan kehidupan dan mereka mungkin akan meletakkan syarat-syarat tertentu dalam perhubungan seks untuk melindungi dirinya dalam profesinya itu.
Jadi dalam menghadapi cabaran baru ini apakah kesannya kepada anak-anak kita yang terdedah kepada alam internet. Jika pada orang dewasa yang matang pun boleh terobsesi, apakah pula kesannya kepada remaja-remaja kita. Lanjutan kepada pendapat saya ini saya akan seterusnya memuatkan maklumat dan pandangan dari saya tentang keseksualan remaja dan peranan ibu-bapa dalam meningkatkan kesedaran dan keutuhan seks anak-anak mereka.
1998 h_ci@yahoo.com| Sign My
Guestbook
BACK TO DR.HAS's MAINPAGE
|STRESS|SEXUALITY|HEAT|DENIAL|DIALOG|PARENTS|ROMANCE|
|VERANDA|NIGHT|DOKTORKU|LAUT|PAINTING|SENJA|