(((STEREO)))


Kun

    E-mail: kazhan@yahoo.com
    Tarikh Lahir: 11 Mei 1968
     Taraf Perkahwinan: Kahwin
Isteri: Wa2
Bilangan cahayamata: 4
Lokasi: Kuantan. Pahang.


Sejak bilakah anda mula sertai MCR?
Apr 98

Bagaimana anda boleh menemui MCR?
Melalui Yahoo!

Kenapa anda menyukai MCR?
Sebab hanya MCR yang saya tahu.

Wa2 Dan Kun
Nick yang paling kerap anda nampak di dalam MCR
MrJaga !

Nick yang anda paling ingin temui secara live
Ateh, Rie dan Ubi

Perkataan/ayat yang paling kerap anda gunakan di dalam MCR?
kakakakakakaka.....

Apakah yang anda buat jika gagal masuk/connect ke MCR?
Siasat hingga ke akar umbi

Bilakah masa yang paling anda suka masuk MCR?
Bila tahu kawan-kawan `seangkatan' ada dalam room

Anda rasa bosan/menyampah dalam MCR apabila ...
Bila orang: (1) flood screen, (2) ajak menyelam tanpa rela, 
(3) kamus nyampuk, (4) geng `salin kulit' ajak bergurau senda (5) orang chat guna CAPS

Kenangan manis di dalam MCR 
Isteri kesayangan turut menyertai MCR

Kenangan pahit di dalam MCR
(1) Mengucapkan "Selamat Tinggal MCR" sebanyak 43 kali

(2) Penyanyi D'Lomaks meninggalkan grup untuk menjadi pemain golf professional (sampai sekarang masih tak puas hati!) 

Ciri-ciri chatter yang anda senangi
Terus terang dan menghormati orang

Ciri-ciri chatter yang tidak gemari
Geng `salin kulit' dan multiple identities


Cahayamata (2 drpd 4)


Kun Dan Eelza (1993)

Bego Dan Kun (1992)

CT

 


Sedara Kembar


Bekas Lead singer Kumpulan D'Lomaks

Sikap/tabiat buruk anda di dalam MCR
PB

Gathering yang tidak dapat anda lupakan (tarikh/tempat)
Kuantan Dec 98 - semasa D'Lomaks pertama kali membuat persembahan di khalayak ramai.

Impian MCR anda yang masih belum terlaksana
Tak terkira banyaknya

Pandangan anda mengenai MCR pada masa ini
MCR telah menjadi lebih daripada sebuah chatroom. Persahabatan yang dipupuk dari dunia maya (virtual) telah berkembang kepada dunia realiti. Di alam realiti, MCR terdiri daripada segenap lapisan usia dan latarbelakang.....yang bujang, yang sudah berumahtangga, yang janda....atau yang dah tak balik rumah....engineer, architect, cikgu, pelajar, cikgu jadi student balik, surirumah, QS, mahasiswa, doktor (dan juga dokotor), askar, juruterbang ... dan lain-lain. Di alam siber, kita akan menjadi apa yang dah kita `corakkan' bersama-sama nick kita itu.

Bagaimanapun, di dalam keasyikan kita berinteraksi di dalam masyarakat maya ini, saya harap kita sama-sama tidak lupa dengan alam realiti di luar sana. Apa yang kita suka, bukan bermakna orang lain suka. Bukan semua orang sama minat dan citarasa. Latarbelakang kita lain-lain. Bukan sahaja kita tidak dapat memaksa orang lain mengikut cara kita, malah....kita juga tidak dapat mengubah realiti hidup kita yang sebenarnya. Yang kahwin takkan sama dengan yang bujang .... dan yang tua takkan kembali muda..... <ishhhh...apa yang aku cakap nihhh?...ekekekek>

Di alam siber, semua orang akan kelihatan sama sahaja.  Secara peribadi, saya tidak kesah jika chatters yang lebih muda tidak memanggil `abang' kepada saya (dan saya juga tidak manggalakkannya). Bagaimanapun, hak yang muda kepada yang lebih tua hendaklah ditunaikan ..... hormat menghormati adalah perkara yang paling utama.
 

Harapan anda mengenai MCR pada masa hadapan
(1)  MCR perlu di`urus'kan oleh sebuah jawatankuasa yang dipilih oleh chatters sendiri, yang terdiri daripada sekumpulan chatters yang betul-betul komited, berkemahiran dan yang paling penting SUKARELA. Kesian kat Mr Jaga tu, bila sampai masanya, Mr Jaga akan pencen juga ... untuk selama-lamanya, tetapi, MCR harus terus hidup.

(2)  Kekalkan MCR sebagai sebuah `loose community'.... itu lebih baik dan mesra. Tiada komitmen di antara kita.  Kalau hendak jumpa secara live, boleh jumpa. Kalau tidak mahu jumpa, no problem (and you are still my cyber friend). Kalau mau letak gambar dalam MCRWW, silakan. Kalau tak mau, tak de hal. Yang penting mesti ikhlas dan happy. Yang penting ... MCR tidak menjadi suatu perkara yang membebankan, baik dari segi rohani mahupun jasmani.

(3)  Setiap anggota MCR yang percaya ikatan persahabatan yang telah terjalin ini sudah seperti sebuah keluarga besar, mestilah bersedia memainkan peranan masing-masing (dengan memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk dan cara yang termampu) dan bukannya hanya menunggu sumbangan. 
Jika tidak, MCR akan hanya tinggal kenangan ...