Click to edit this account feature Current Banner

Current banner

JORAN



Aktiviti memancing di MALAYSIA


Memancing merupakan kegiatan riadah yang baik. Mungkin bagi mereka yang tidak meminati hobi ini, mereka akan mengatakan bahawa memancing merupakan perbuatan yang sia-sia dan membuang masa. Namun, bagi mereka yang mengetahui kebaikannya, mereka akan menjadikan memancing sebagai satu aktiviti yang memberi manfaat yang besar kepada mereka. Cuba-cubalah hayati apa yang akan saya perturunkan di bawah ini :

  • Pengenalan : Latarbelakang;
  • Keperluan Asas : Peralatan dan persediaan;
  • Lokasi : Tempat-tempat menarik;
  • Laman web : Laman web yang ada kaitan dengan aktiviti memancing;
  • Lain-lain: Perkara-perkara umum berkaitan aktiviti memancing.


KEPERLUAN ASAS

Untuk menjadi seorang pemancing, keperluan asas yang mesti ada pada seseorang itu adalah seperti berikut;

1. Peralatan memancing (joran, kekili, tali tangsi, mata kail dan lain-lain)

2. Pengetahuan tentang tempat yang hendak di pancing

3. Sedikit sebanyak pengetahuan tentang jenis-jenis ikan

4. Ketahanan diri (tahan lasak sikit ....)




ETIKA PEMANCING

1. Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja.

2. Jangan membuang sampah merata-rata.

3. Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot.

4. Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot.

5. Hormatilah hak pemancing lain.

6. Hormatilah peraturan padang pancing persendirian.

7. Sebarkan pengetahuan.

8. Menyokong pemeliharaan alam sekitar tempatan.

9. Jangan melepaskan ikan dan tumbuhan ke perairan awam.

10. Membangunkan sukan memancing.


Di dalam dunia ini terdabat beratus-ratus jenis ikan, malahan mungin beribu-ribu jenis. Jjenis-jenis ikan adalah pengetahuan asas yang perlu ada pada seorang pemancing. Saya akan cuba mengumpulkan gambar-gambar dan maklumat mengenai ikan yang terdapat di Malaysia. Usaha ini tentunya akan mengambil masa yang agak lama memandangkan usaha ini saya lakukan secara sambilan. Seperkara lagi, gambar-gambar tersebut bukanlah hasil ciptaan saya sendiri (setidak-tidaknya bukan pada masa ini). Insyaalah, apabila pengetahuan saya makin berkembang, saya sendiri akan membuat gambar-gambar ikan tersebut.

Walau bagaimanapun, saya harap usaha peringkat awal ini akan dapat anda manfaatkan.

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA

PERBENDAHARAAN KATA


Sekiranya anda ingin menyumbangkan pendapat, cadangan, atau apa jua maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan kaki pancing yang lain, sila hantarkan e-mail kepada mohas. Terima kasih.


MEMBER
of the
POD




HOME