 |
Cinta 200 Ela (2002)
Genre : Drama
/ Romance
Format : Colour
Language : Malay
Director :
Shadan Hashim
Writer :
|
|
Raja Azmi
|
... Script |

Cast :
|
|
Rashid Sidek
|
... Yazid |
Wardina |
... Nor |
Raja Azura |
... Yati |
Man Bai
|
... Amri |
Sophia Ibrahim |
... |
Redzuan Hashim |
... |
Mahyon Ismail |
... |
Zaibo |
... |
Rambo Chin |
... |
Ramasundram |
... |

Crew :
|
|
(Not available) |
|
Producer :
(JAS
Production Sdn Bhd)
Raja Azmi (executive)
Synopsis :
Yazid dan Yati berkawan baik sejak kecil.
Setelah dewasa mereka sama-sama bertugas sebagai caddy di sebuah Kelab
Golf yang kecil dan kurang terkenal. Dalam diam-diam Yati sebenarnya
menyimpan perasaan cinta terhadap Yazid. Di saat Yati bersedia untuk
menyatakan perasaannya pada Yazid, tiba-tiba muncul Nor, seorang anak Dato'
yang kaya raya, pemilik sebuah Kelab Golf di Kuala Lumpur. Suatu hari Nor
dan bapanya telah mengundang Yazid untuk menjadi pemain golf amatur di
Kelab mereka. Yazid tidak mungkin menolak pelawaan tersebut kerana
kejelitaan Nor telah menambat hatinya dan menjadi pemain golf profesional
adalah impiannya. Maka bermain di Kelab yang lebih besar di Kuala Lumpur
adalah satu peluang keemasan bagi Yazid. Yati pula tidak sanggup melihat
penghijrahan Yazid ke sana bersendirian, lalu dia berusaha untuk dipilih
sama ke sana. Hakikatnya Yazid juga memerlukan Yati bersamanya ke Kuala
Lumpur kerana selama ini Yatilah inspirasinya. Di Kuala Lumpur,
Yazid tinggal serumah dengan Amri, seorang caddy yang pada mulanya Yazid
anggap seorang yang aneh. Setelah bermain untuk kelab golf bapa Nor,
ternyata Yazid banyak membawa kejayaan sebagai pemain golf amatur yang
menyerlah dan Yatilah yang terus menjadi inspirasi Yazid dalam permainan
golfnya. Tidak lama selepas itu, perasaan cinta Nor terhadap Yazid juga
terserlah hingga menyinari jauh ke dalam lubuk hati Yazid.
Kemesraan antara Yazid dan Nor sangat mengguris perasaan Yati. Amri yang
semakin akrab dengan Yazid telah cuba menjadi orang tengah, sehingga
dirinya juga turut terjebak dengan perasaan cinta yang amat mendalam di
hatinya. Amri jatuh cinta pada Yati tetapi tidak mungkin akan meluahkannya,
kerana mengetahui Yati amat menyintai Yazid dan mutahil pula bagi Yati
untuk mencurahkan rasa cintanya pada Yazid kerana Yazid sering
menceritakan pada Yati betapa dia kasih pada Nor. Maka, dari situ
bermulalah berbagai kekeliruan dan pergolakkan antara mereka bertiga.
Namun dalam apa pergelutan sekalipun, Yazid cuba untuk meminggirkan Nor
dan Yati malah memberi keutamaan pada golf. Apakah aku lebih menyintai
golf dari segala-galanya? Bermaknakah kehidupan seseorang itu tanpa jatuh
cinta? Bolehkah perasaan cinta menguasai perasaan-perasaan lain? Apakah
makna cinta sebenarnya? Inilah persoalan yang timbul di
dalam jiwa Yazid ketika dia sedang menghadapi suatu pertandingan golf yang
amat penting baginya untuk mendapat gelaran sebagai pemain golf
profesional. Dan dengan hanya satu pukulan yang jaraknya 200 ela, maka
terjawablah segala persoalan ini buat Yazid.
Trivia :
Tarikh mula penggambaran: 14 Mei 2001
Antara lokasi penggambaran: Saujana
Golf Club, Kuala Kubu, Selangor; Kuala Lumpur
Rashid Sidek mempelajari teknik asas lakonan daripada
Khalid Salleh selama tiga bulan
sebelum penggambaran dimulakan
|