1973 adalah tahun dimana Moore merekod album solo pertamanya dan tahun seterusnya dia telah mengikut kawan lamanya yang berbangsa Irish, Phil Lynott di Thin Lizzy. Ia tidak kekal lama, tapi dia dia kembali ke Lizzy setelah beberapa tahun kemudian dengan satu lagi album solonya. Pada 80-an, dia ada membuat beberapa album, semuanya hard rock. Kerjaya hard rock Moore sampai ke kemuncak dengan Wild Frontier. Sejak dari itu, dia dianggap sebagai pemain gitar yang mahir dan terkenal ke seluruh dunia. Album seterusnya, After The War adalah kejayaan Moore yang seterusnya.
Dekad seterusnya, Gary berubah menjadi orang yang baru. Dia meninggalkan kerjaya hard-rocknya dan bermain blues. Walaupun dia tidak bersungguh-sungguh, Still Got The Blues adalah lagu yang berjaya. Pada 1992 After Hour diterbitkan. Gary dapat buat show bersama B.B.King, Albert Collins, Albert King, George Harrison dan Traveling Wilburys. 1993, Blues Alive diterbitkan. Pada 1994, B.B.M (Baker, Bruce dan Moore) menerbitkan Around the Next Dream. Walaubagaimanapun ia mendapat kritikan yang teruk kerana sesetengah berpendapat menganggap Gary Moore cuba mengganti Eric Clapton.
dfssdfdsdfdsfsd
|