gambar
multimedia
official site
buy cd
buy poster
sign guestbook
view guestbook
home














Escati











buy oasis poster



targetshop





Dari Manchester, England, pada tahun 1994, Oasis telah menjadi terkenal dengan kejayaan album singlenya dan minat dari wartawan-wartawan. Pada era 90-an, penjualan album kumpulan ini membangkitkan debat yang hangat kerana penjualan yang banyak dalam masa yang singkat Ahli kumpulan ini terdiri daripada adik-beradik Gallagher, Liam John (21 September 1972, Longsight, Cheshire, England; vocals) dan Noel Thomas (29 May 1967, Longsight, Cheshire, England; guitar, vocals).

Buy Oasis Poster

Mereka dibesarkan oleh ibu bapa yang berketurunan Irish di Manchester. Semasa zaman Noel dan Liam budak-budak dulu mereka tingal di Manchester dekat ngan Man City. Sebagai bebudak Liam memang nakal dan Noel pada umur 13 tahun, setelah dipenjarakan selama 6 bulan kerana merompak di sebuah kedai, mula memandang dunia muzik dengan lebih serius lagi. Kemudian dia mula menjadikan Johnny Marr dari Smith sebagai idolanya. Noel kiranya pandai gila main gitar dan cuba ikut audition bagi Inspiral Carpets yang memangnya nak seorang penyanyi yang best. Noel dapatlah jadi penyanyi kumpulan tu walaupun bebenornya diorang ni bukan 'type' diorang. Tapi diorang suka gak kat Noel, jadi diorang bawak Noel ke merata tempat bagi tour diorang.

Kisahnya Liam pulak, takde la kemana. Nak jadi kisahnya, Bonehead dan Guigsy bersepakat untuk menubuhkan band. Bonehead yang pandai main piano dan gitar rasa penyanyi mereka langsungla tak bestnya, jadi dia pecat terus. Jadi tinggalah Bonehead bagi 'rythm' dan Guigsy main bass tapi diorang takde penyanyi. Jadi nak jadi ada kaitannya dengan Liam ni, pada suatu hari tu, Bonehead dan Guigsy kat pub dengarla ada penyanyi yang namanya Liam Gallagher. Diorang tengok dan sukala kat Liam ni. Jadilah 'band' yang terdiri dari penyanyi utama (Liam), rythm (Bonehead) dan Bassist (Guigsy). Band ni masa tu kiranya baguslah jugak.

Pada tahun 1991, apabila Noel menelefon rumah, dia telah diberitahu oleh emaknya yang Liam mula terlibat dengan band. Jadi dia pun balikla nak nengok 'band' adiknya selepas lima tahun menjelajah dunia bersama Inspiral Carpets. Noel dapat rasakan yang kumpulan ni best tapi lagila best kalau dia uruskan dengan pengalaman yang dia ada semasa bersama dengan Inspiral Carpets. Jadi dia kasitau diorang, kalau dia ambil alih 'band' ni, mereka akan berada ditempat yang teratas dalam masa dua tahun. Tapi biasaklah sapa nak percaya, lebih˛ lagi Liam yang tak berapa suka sangat 'band'nya terlepas kat abang dia. Tapi masa tu diorang tak kemana dan Liam nampak idea Noel dan mengalah.

Jadi Noel bawak 'band' ni berlatih sampailah diorang rasa diorangdah bagus dan berlatih hampir setiap malam. Noel jugak ada ajar lagunya seperti Supersonic,Columbia.

Secara keseluruhannya, 'band' ni bagus dan mula buat local gigs. Selepas dua tahun, ada satu 'band' lain suruh mereka buat gig besar˛an kat Glasgow. Itupun sebab ada satu band takde, kiranya diorang ni sebagai pengganti jelaa... Jadi Liam masa tu pakai serba putih telah mengambil perhatian boss Creation Records, Alan McGee yang kagum dengan perangai,lagak, rupa dan fesyen Liam. Alan tak tau yang Liam ni dari mana˛ 'band'.

Okay bila Oasis dipanggil naik ke pentas dan menyanyi dua lagu termasuk lagu Walrus, boss Creation Records ni kagum pulak sampai tak sabar-sabar nak buat kontrak dengan 'band' ni. Alan kata " The lead singer (Liam) had a remarkable attitude and brilliant voice. The guitarist (Noel) was good and when he played I am the Walrus he proved how good he was. I knew after two songs that i wanted that band." (ehem..translate sendiri pasai dia tak pandai cakap melayu).

Jadi betullah cakap Noel yang dia akan jadikan mereka popular dalam masa dua tahun. Selepas menandatangani kontrak dan dalam masa beberapa bulan mereka keluarkan 'single' pertama. Bila Live Forever diterbitkan, carta UK berubah serta-merta, takde lagi rape dan rave. Semuanya berubah kepada music of Indie dan Brit Pop. Terbitnya Live Forever membuatkan semua orang pandang kepada Oasis. Penerbitan Some Might Say menempatkan mereka ke #1. (What's The Story) Morning Glory? adalah rekod yang berjaya dimana melodi ala-Beatles yang digunakan oleh Gallaghers adalah suatu yang menakjubkan.

Sebelum Oasis, 'band' mereka dinamakan Rain. Liam menukarkan kepada Oasis setelah melihat perkataan Oasis pada poster dibiliknya.



LIRIK STUFFSfs
  • Don't Look Back in Anger
  • Don't Look Back In Anger - UK Release
  • D'You Know What I Mean?
  • My Big Mouth
  • Magic Pie
  • Stand By Me
  • I Hope, I Think, I Know
  • The Girl In The Dirty Shirt
  • Fade In-Out
  • Don't Go Away
  • Be Here Now
  • All Around The World
  • It's Gettin' Better (Man!)
  • Cigarettes And Alcohol
  • Listen Up
  • Fade Away
  • Rock 'n' Roll Star
  • Shakermaker
  • Live Forever
  • Up In The Sky
  • Supersonic
  • Bring It On Down
  • Digsy's Dinner
  • Slide Away
  • Married With Children
  • Married With Children
  • Talk Tonight
  • Acquiesce
  • Headshrinker
  • BOOTLEG

    WEBRING

    Oasis Merchandise

    Oasis Poster