












|
R.E.M ditubuhkan pada tahun 1980 di Athens, Georgia. Pada masa itu, Bill, Mike dan Michael adalah pelajar Universiti Georgia dan Peter bekerja di kedai kaset Wuxtry kat Athens. Semasa bekerja kat sana, Peter selalu jumpa Michael. Lama˛ mereka berkawan dan duduk sesama kat sebuah gereja lama yang tak digunakan dekat Oconee Street. Sebelum tu, Bill dan Mike merancang nak pindah kat Athens untuk menghadiri UGA. Tapi hairannya, mereka takleh tinggal sesama pun.
|
 Buy R.E.M Poster |
Pasal Bill tu seorang budak nakal yang suka minum bir, hisap dadah sedangkan Mike adalah seorang pelajar yang baik. Mereka ada membuat persembahan, Mike sebagai bassist. Bill hampir˛ meninggalkanya tapi akhirnya membuat keputusan untuk tunggu dahulu. Mereka bermain rythm dalam setiap akhir persembahan sesebuah band sampailah mereka pergi ke Athens pada Januari 1979.
Mereka berempat berjumpa selepas awek Bill desak Bill untuk pergi ke gereja lama di Oconee Street untuk berjumpa dengan Michael dan Peter. Michael serta-merta kagum dengan Bill. Tapi takdelah diorang ambik tahu sangat hal ni. Tak lama lepas tu, mereka berempat buat latihan dan menulis lagu˛ dari gereja lama yang menjadi apartment diorang. Nama mereka telah dibuat selepas persembahan pertama mereka. Masa tu diorang minum˛ sambil tulis˛ nama yang sesuai di atas lantai gereja dengan kapur dan pagi esoknya mereka mengurangkan hingga ke dua nama iaitu Negro Eyes dan R.E.M. Jadi paham˛la yang mana diorang pilih.
Dalam beberapa bulan banyak 'band' gigs tak rasmi muncul. Selepas itu presiden I.R.S. Records, Jay Boberg, datang ke New Orleans dan nampak R.E.M. Dia kagum dengan 'band' ini. Pada 31 Mei 1982, dia menandatangani kontrak dengan mereka untuk menerbitkan lagu Chronic Town. Ini adalah langkah pertama untuk menjadikan mereka menjadi seperti sekarang.
|
|