Perumahan, Kesihatan, Pendidikan, dll


DAP mengalu-alukan penubuhan Syarikat Perumahan kebangsaan tetapi meminta kerajaan tetap berkomited terhadap matlamat demokrasi pemilikan-rumah

DAP mengalu-alukan penubuhan Syarikat Perumahan Kebangsaan dengan modal bermula sebanyak RM 1 bilion untuk membantu pemaju-pemaju membina lebih banyak rumah-rumah kos tengah dan rendah serta membekalkan lebih peluang kepada rakyat memiliki rumah sendiri.

Di awal tahun 70an, DAP adalah pihak pertama yang mencadangkan supaya satu Kementerian Perumahan dibentuk untuk bertanggungjawab memastikan bahawa rakyat Malaysia menikmati perumahan yang mampu ditampung.

Malang sekali, sunggupun ramai calon Menteri Perumahan telah bertukar ganti, tetapi matlamat untuk membekalkan perumahan yang mampu ditampung kepada rakyat Malaysia makin menjadi cita-cita yang tidak tercapai, sehinggakan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, membuat pengumumkan yang memeranjatkan untuk membatalkan dasar kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional selama empat dekad ini untuk memupuk demokrasi pemilikan-rumah!

DAP menyeru supaya kerajaan memastkan bahawa Syarikat Perumahan Kebangsaan ini berjaya dan mesti mempelopori kerja-kerja pembinaan rumah-rumah kos tengah dan rendah yang secukunya untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah sementara kerajaan tetap komited terhadap matlamat demokrasi pemilikan-rumah.

Tambahkan jumlah pelepasan cukai bagi semua perbelanjaan perubatan untuk penyakit-penyakit akut ataupun terminal sehinga ke sekurang-kurangnya RM20,000

Menteri Kewangan harus memberi perhatian kepada rayuan orang ramai supaya menambahkan cadangan penambahan pelepasan cukai maksima RM5,000 untuk semua perbelanjaan perubatan bagi penyakit-penyakit akut atau terminal seperti kanser, AIDS, renal failures, leukaemia dan lain-lain lagi.

Memandangkan kos penjagaan kesihatan kini kian bertambah, pelepasan cukai sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan perubatan bagi penyakit-penyakit akut atau terminal sungguh tidak cukup sekali, terutama sekali di kebanyakan kes seperti ini, pesakit terpaksa melepaskan kerja mereka sama sekali. Pelepasan cukai untuk penyakit-penyakit akut ini tidak harus sekadar RM5000 sahaja dan harus ditambah sekurang-kurangnya menjadi RM20,000.

Caj perkhidmatan RM50 untuk kad kredit harus dikecualikan dari pemegang kad-tunggal

Kerajaan akan berjaya mengutip sebanyak RM100 juta dari caj perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap keping kad kredit sebagaimana yang dicadangkan di belanjawan ini, kerana di seluruh negara ada sekurang-kurangnya dua juta kad kredit .

Langkah ini harus dilihat sebagai langkah sebenar untuk mengawal perbelanjaan berlebihan dan bukannya sebagai satu langkah mudah bagi kerajaan untuk mengutip RM100 juta dari orang ramai. Untuk sebab ini, adalah dicadangkan supaya kadar caj perkhidmatan RM50 untuk setiap kad kredit ini dikecualikan dari pemegang kad-tunggal ataupun mana-mana satu kad untuk pemegang kad-berganda.

Apakah tindakan yang telah Kementerian Pendidikan ambil terhadap guru yang begitu tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat India sehingga menggunakan perkataan yang menghina - ‘pariah’ - di dalam soalan peperiksaan Sejarah tingkatan empat

Minggu yang lepas, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Fong Chan Onn berkata bahawa Kementerian Pendidikan akan menyiasat tentang insiden di mana seorang guru di Taman Selayang, Selangor, yang begitu tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat India dengan menggunakan perkataan yang menghinakan iaitu ‘pariah’ dalam kertas peperiksaan Sejarah tingkatan empat, dan tindakan yang sepatutnya akan diambil sekiranya perkara ini dapat disahkan.

Soalan peperiksaan berkenaan telah dibentuk dengan silap dan tidak terdapat di dalam korikulum sejarah. Soalan berkenaan bertanya di dalam strata manakah pariah dan harijan terletak dalam sistem kasta India.

Kementerian Pendidikan harus kelihatan tegas dalam mengambil tindakan terhadap guru-guru yang menunjukkan teladan buruk kepada pelajar dengan langsung tidak menjaga kesensitifan perasaan masyarakat yang berlainan di dalam sebuah negara yang berbilang kaum ini, tindakan tegas Kementerian bukan sahaja boleh dijadikan pengajaran kepada lain-lain guru malah kepada para pelajar juga.

Kementerian Pendidikan yang terus melengah-lengahkan masa dari mengambil tindakan displin terhadap guru berkenaan tentu akan membawa satu tanggapan bahawa Kementerian Pendidikan membiarkan perkara sebegini berlaku dan cuba menutup perkara ini begitu sahaja.

Pegawai yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penterjemahan yang lemah dan silap yang ujud di atas kertas peperiksaan UPSR matapelajaran matematik kertas satu dalam bahasa Tamil harus dipecat

Saya sungguh terperanjat dengan sikap cuai Kementerian Pendidikan dalam kerja-kerja penterjemahan kertas satu matapelajaran matematik ke dalam bahasa Tamil yang berlaku dalam peperiksaan UPSR yang diadakan bulan lepas, di mana kesilapan ujud dalam 20 soalan dari jumlah 40 soalan yang ditanya.

Dalam sesetengah soalan, penterjemahannya langsung tidak betul. Sebagai contoh, dalam versi bahasa Malaysia, soalan 13 kertas matematik bertanya mengenai isosceles triangle ( di mana dua tepi sama panjangnya) sementara versi Tamil pula bertanya mengenai equilateral tringale (di mana ketiga-tiga tepi adalah sama panjangnya). Soalan-soalan lain juga mengandungi banyak kesilapan ataupun penterjemahan yang buruk, yang menyusahkan para pelajar dari menjawab dengan betul dan tepat.

Kekhuatiran di kalangan ibubapa adalah mengenai kadar kegagalan dalam matapelajaran matematik UPSR kali ini akan menjadi tinggi hasil dari kerja penterjemahan yang silap atau buruk, dan ini akan dengan seriusnya memberi kesan buruk kepada prospek promotional para pelajar.

Pegawai yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penterjemahan yang buruk dan silap di kertas peperiksaan matapelajaran matematik UPSR sekolah Tamil ini harus dipecat, kerana beliau telah menyebabkan kekeliruan dan perasaan kecewa kepada semua pelajar UPSR Tamil di seluruh negara kita.

Bagaimanakah Kementerian Pendidikan boleh bercakap-cakap hendak menjadikan Malaysia pusat pendidikan unggul serantau sedangkan kesilapan-kesilapan yang dahsyat sebegini boleh berlaku dalam kerja peperiksaan terpusat kerajaan sendiri?

Pelajar di seluruh negara yang mengambil peperiksaan ini tidak harus dihukum kerana penterjemahan yang buruk dan penuh dengan kesilapan di kertas matematik ini, dan saya menyeru supaya Kementerian Pendidikan mengarahkan pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa kertas ini supaya tidak mengambil kira 20 soalan di dalam kertas yang mengandungi begitu banyak penterjemahan yang buruk dan silap.

Menteri Pendidikan harus memberitahu Parlimen apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementeriannya terhadap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap kesilapan yang tidak dapat dimaafkan ini.

(28/10/96)