SEJARAH SEKOLAH

Sorry, your browser doesn't suppor Java.

 BEKAS PENGETUA


Dato Sutan Bendahara
Hj. Md Shariff b. Fakeh Hassan
Jun 1964 - Jun 1972

 

 

 

En. Mohd Razali b. Mahmood
Jun 1972 - Jul 1972

 


En. Zainal Abidin b. Mohd Yusof
Jul 1972 - Feb 1975


Cik Hjh. Azdiyah bt. Othman
Mac 1976 - Mei 1991

 

 

 

Cik Derma Dewi bt. Bidin
Mei 1991 - Feb 1995


Tn. Hj. Othaman b. Ismail
Feb 1995 - Apr. 1997

 PERKEMBANGAN SEKOLAH

1963
Pembinaan bangunanan sekolah di tanah seluas 11.2777 ekar di kawasan chembong.
 
Terdiri daripada 4 blok bangunan.
1964
Perasmian sekolah oleh Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja
Hj. Adnan bin Maah, Undang Luak Rembau pada 28.11.1964.
 
Nama sekolah dikenali sebagai Sek. Men. Kebangsaan Rembau. 

1970
Pembinaan bangunan tambahan 
 
1 blok mengandungi 3 makmal sains tulin, 1 blok 2 tingkat mengandungi
10 bilik darjah dan 1 bilik perpustakaan dan 1 blok dewan.
1972
Aliran sains diwujudkan.

1973
Nama sekolah diubah kepada Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja 
 
Kelas Peralihan diwujudkan.

1976
Pembinaan bangunan tambahan.
 
1 blok 3 tingkat mengandungi 9 bilik darjah.  
Pembinaan asrama puteri dikenali sebagai Asrama Toh Puan Rahimah, sempena nama Toh Puan Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Rembau. Asrama puteri ini boleh menempatkan seramai 100 orang pelajar puteri. Dirasmikan oleh Toh Puan Rahimah binti Alias.

1982
Kelas tingkatan 6 di tubuhkan.
 
Pembinaan bangunan tambahan - 1 blok 1 tingkat mengandungi 2 makmal serta 1 bilik darjah.

1987
Pembinaan Surau untuk penghuni asrama

1995
Pemilihan sekolah dalam projek Pusat Sumber Elektronik (Rangkaian Munsyi) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Syarikat Telekom Malaysia.
 
14 buah komputer, 1 Server serta 2 buah pencetak dibekalkan dan disambungkan ke Internet.

1996
Pembinaan makmal komputer untuk subjek Rekacipta - 20 buah komputer, 1 Server dan 2 pencetak.

1997
Pembinaan bangunan tambahan.
 
1 blok 4 tingkat mengandungi bilik darjah, Pusat Sumber dan Bilik Guru. 
1 blok 3 tingkat mengandungi bilik darjah dan Bilik Kemahiran Hidup. 
1 blok 4 tingkat untuk asrama pelajar perempuan.

1998
Sekolah dipilih sebagai Sekolah Bestari. 

 

Laman Utama