Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;
Dragonball GT #37(February 09,2000)
|
Pertarungan Baby dan Goku
Goku masih hidup tetapi mengalami kecederaan teruk. Sementara itu, Oozuro Emas Baby ketawa dan bersedia untuk membunuh Goku.Penduduk disitu turut bersorak dengan kejayaan "tuan" mereka tersebut.Tiba-tiba, tubuh Baby mula bercahaya dan dia terus memusnahkan lagi bandar tersebut.Ini adalah kerana kesan sampingan dari serangan 10 kali ganda Kamehameha Goku. Goku kemudiannya, pulih sedikit dan cuba menyerang balas.Serangan ini menyebabkan kedua-dua mereka terpelanting dan jatuh ketanah.
Di planet KaiouShin,Dai Kaiou Shin pula meyakinkan KaiouBit bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk membawa (teleport) Goku ke tempat yang selamat.Oleh itu, dia menyuruh Kaiou Bit segera mendapatkan Air Super(Chou-sui) yang terdapat di atas menara Karin dan berikannya kepada Trunks dan anak-anak Goku.Kaiou Bit kemudiannya menerangkan kepada Suguro yang air Chou-sui tersebut berkemampuan untuk membersihkan kejahatan apabila dicurahkan dengannya.Kaiou Bit pun segera teleport ke menara Karin tetapi gagal menjumpainya.Kemudian, Dai Kaiou Shin menyuruhnya pergi mencari di Istana Dewa.Kaiou Bit pun pergi ke istana Dewa dan berjaya menyelinap masuk kedalam istana tanpa diketahui oleh Popo dan Dende(Dewa).Dia kemudiannya masuk kedalam sebuah bilik yang mengandungi berpuluh-puluh bekas air dan gagal mengesan yang mana satu adalah merupakan bekas air untuk Air Chou-sui.Tiba-tiba, Dende dan Popo masuk kedalam bilik tersebut dan berlaku pertarungan antara mereka.Kaiou Bit bagaimanapun tumpas.Disebabkan tiada pilihan, Kaiou Bit mengambil keputusan untuk mencurahkan salah satu dari air-air tersebut kearah Popo.Akhirnya, tindakannya tersebut mula menunjukkan kesan pada Popo dan Dende apabila Kaiou Bit telah mencurahkan air Chou-sui sebenar kepada mereka.Apabila air tersebut mengenai mereka, satu wap berwarna merah segera keluar dari tubuh mereka dan mereka berdua pun pulih. Oleh itu, Kaiou Bit kemudiannya mengambil air tersebut dan terus teleport ketempat Trunks. Popo dan Dende pula langsung tidak tahu dan mengingati apa yang berlaku dan menjadi keliru dengan tingkahlaku Kaiou Bit.
Kaiou Bit pun sampai kepada Trunks dan menyuruhnya meminum air tersebut.Trunks pun meminumnya dan mula pulih kepada asal.Kaiou Bit kemudiannya menerangkan kepadanya apa yang berlaku pada bumi dan penduduknya dan mereka berdua pun segera bertindak untuk memulihkan seluruh penduduk bumi. Ditempat pertarungan, Bulma sudah tersedar dan ternampak Baby sedang tidak sedarkan diri ditanah. Oleh itu, dia segera menghalakan satelitnya kepada Baby sekali lagi.Baby pun tersedar kembali dan gembira kerana tenaganya telah dipulihkan oleh cahaya yang dipancarkan oleh Bulma.Dia memuji Bulma dan terus meningkatkan tenaganya.Disebabkan gelombang tenaganya terlalu kuat, Trunks dan Kaiou Bit langsung tidak dapat mendekati bandar tersebut dan botol air Chou-sui terjatuh!!.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, sinaran dari satelit tersebut, turut mengenai Goku.Goku pun turut pulih semula dan mereka meneruskan pertarungan.Suguro yang menyaksikan pertarungan dari bola kristal berpendapat yang Goku berpeluang untuk menang tetapi Dai Kaiou Shin berfikir sebaliknya kerana Serangan 10 kali Kamehameha telah banyak menggunakan tenaga Goku. Walaupun sedar yang dia tidak akan mampu menandingi Baby kerana sudah kehabisan tenaga, Goku terus menyerang dan bercakap besar. Sementara itu, Pan dan Satan sedang berada dalam ketakutan dan Bulma pula berasa bangga. Disudut lain, Gohan sedang meminum air Chou-sui dan pulih semula....
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************