Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;


Dragonball GT #39(March 01,2000)

Ikutilah sambungannya...

Beginilah Berakhirnya..Kepupusan Baby

Pertarungan Goku dan Baby ini menyebabkan letupan demi leputan berlaku dan mereka masing-masing berkeyakinan dapat menumpaskan lawan masing-masing.Gohan,Trunks dan Goten berpendapat yang Goku akan tewas tetapi Pan berpendapat sebalik.

Di planet Kaiou-Shin, Dai Kaioushin menyaksikan pertarungan tersebut menerusi bola kristalnya.Seketika kemudian, Kaiou-Bit sampai dan bertanyakan perkembangan pertarungan mereka berdua.Dai Kaioushin terus menarik KaiouBit untuk turut menyaksikan bersama-sama.

Sementara itu, Baby sudah mula menunjukkan tanda-tanda keletihan.Goku mengejeknya kerana cepat penat dan pertarungan akan membosankan.Baby naik marah lalu menyerang Goku dengan bola tenaga yang besar.Goku mengelak dan terus memperolok-olokkan Baby.Baby meneruskan serangan tetapi cuma dipermain-mainkan oleh Goku.Kemudian. Baby melakukan satu letupan dan menyebabkan asap-asap dan debu-debu berterbangan.Goku tidak dapat mengesan dimana Baby berada dan kesempatan itu diambil oleh Oozaru Baby untuk melakukan serangan "Revenge Death Ball" keatas Goku.Serangan tersebut mengenai Goku dan terus menenggelamkannya kedalam lembah berdekatan.Pan cuba menyelamatnya Goku tetapi gagal.Baby berharap yang serangan yang itu mampu membunuh Goku.Bagaimanapun, Goku meningkatkan semangat dan terus menyerap tenaga dari serangan "Revenge Death Ball" itu.Goku kemudiannya berkata kepada Baby yang dia tidak boleh menang dengan cara tersebut lalu terus meningkatkan tenaga untuk melakukan Kamehameha.

Sungguhpun sebelum ini, Baby sering menggunakan peluang seperti itu untuk masuk kedalam badan musuhnya tetapi, dia kelihatan seperti sudah lupa.Serangan tersebut mengenainya dan dia terjatuh berdekatan Gohan,Goten,Trunks,Pan,Uubu dan Satan.Mereka terkejut dan berhati-hati memeriksa keadaan Baby.Pan bertanyakan samada Baby sudah mati dan Gohan menjawab tidak, kerana dia masih dapat mendengar degup jantung Baby.Kemudian, Goku muncul diudara dengan wajah yang puas.Pan menjerit pada Goku supaya membunuh Baby tetapi diingatkan oleh yang lain bahawa Bezita juga akan turut mati.Pan terlupa dengan hakikat tersebut.Bagaimanapun, Trunks berpendapat yang dia tidak kisah jika Bazita turut mati kerana jika Baby mati, banyak nyawa lain dapat diselamatkan.Goku berfikir sejenak dan kemudian melancarkan bola tenaga kepada Baby.Trunks menjerit dan terus memusing ke belakang.Apabila keadaan kembali tenang, kelihatan Goku telah menghancurkan ekor Bezita-Baby.Oleh itu, Bezita-Baby pun kembali kepada bentuk asal.

Baby cuba mengagak apa yang telah berlaku dan dia menyimpulkan yang dia tidak dapat kekal sebagai Oozaru tanpa mempunyai ekor.Oleh itu, dia tidak memerlukan tubuh Bezita lagi.Baby pun keluar dari tubuh Bezita dan menunjukkan tubuh sebenarnya semula.Dia kemudiannya memancarkan satu cahaya terang dan terus hilang.Pan memberitahu akan kejadian tersebut kepada Goku dan Goku mengingatkan mereka semua kepada Bezita.Trunks pun terus mengangkat Bezita dalam keadaan lebih selesa dan Goku dan Bezita saling melemparkan senyuman bermakna.

Sementara itu, Baby terbang ketempat persembunyian dimana Bulma sudah sedia menunggu bersama kapal angkasa besar berwarna hijau.Bulma menawarkan untuk menyerahkan semua tenaga dari seluruh pengikut Tsufuru kepadanya supaya dia dapat melawan kembali.Bagaimanapun, Baby menolak Bulma dan terus terbang kearah kapal angkasa.

Pan pula berasa risau jika Baby dapat melarikan diri tetapi Goku menyuruhnya bersabar kerana dia sedang menunggu kapal angkasa Baby berada satu garis dengan matahari.Apabila masanya telah tiba, Goku melancarkan Kamehameha.Baby dapat merasai gelombang Goku tetapi tidak dapat berbuat apa-apa lalu diapun mengewap. Goku sudah tidak merasai gelombang Baby lagi dan Pan berasa gembira dengan kejayaan datuknya itu.

Di Istana Dende, Pan terus merungut kerana setelah keluar dari bentuk Super Saiya 4, Goku kembali kepada tubuh kanak-kanak.Pan lebih suka dengan Goku dalam keadaan SSJ4 dan Goku menambah yang dia sudah dapat bertukar kepada Super Saiya 4 mengikut kehendaknya.Pan meminta Goku melakukannya di dalam majlisnya nanti.Sementara itu, Kaiou Bit menyiramkan air Chou-sui kebumi seperti air hujan untuk memulihkan semula seluruh penduduk bumi.

Di "Baby" City, keadaan tenang kembali.Kurin,Maroon dan No.18 kembali kepada keadaan asal dan tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.Gohan dan Kiou-Bit pula pergi ke planet Plant untuk memberikan air Chou-sui kepada penduduk disana termasuk Videl dan Bulma.

Pada ketika Goku menjangkakan yang semua sudah selamat, tiba-tiba bumi mula bergegar.Goku bertanya kepada Dende dan Dende menjawab, bumi akan meletup kerana mereka gagal mendapatkan semula Mutiara Naga dalam jangkamasa yang sepatutnya iaitu setahun.Dende terus jatuh melutut dan meminta maaf kerana memberikan mutiara naga kepada Baby.Pan pula terus melakukan pengiraan segera dan mendapati yang jika mereka dapat mencari semula mutiara naga, mereka sudah terlewat 2 minggu untuk memulihkannya kembali..

Apakah yang akan berlaku seterusnya???????
Tunggulah sambungannya... semula....

SIla lawat website dibawah sebagai sokongan kepada cerita dragonball GT ini...


Join NetSponsors.com Here is the place to get Sponsored!

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
dragonball@dragonball.com
http://only.at/dragonball
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************