Klik imej dibawah sebagai sokongan kepada hompej ini;


Dragonball GT #40(March 27,2000)

Ikutilah sambungannya...

Kemusnahan Bumi dan Permintaan Pikor?

Selepas 2 minggu, Mutiara Naga bumi akan hilang.Goku,Bezita dan mereka yang lain memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan bumi.Bezita melahirkan rasa marah kerana Baby telah menggunakan tubuhnya tanpa kebenaran.Mereka kemudiannya pergi ke Capsule Corp untuk mengesan kedudukan Mutiara Naga semula.Bulma, Gohan dan Cici kemudiannya menegur mereka sambil memikirkan yang mereka semua hanya mahu bergembira.Kemudian, Goku pun memberitahu yang bumi akan meletup sedikit masa lagi.Berita ini mengejutkan Bulma,Cici dan Gohan.

Bezita kemudiannya mencadangkan agar mereka semua cuba untuk memindahkan semua orang ke planet Plant tetapi tiada seorang pun yang mahu meninggalkan bumi.Sungguhpun begitu, disebabkan tiada pilihan lain mereka bersetuju dengan cadangan Bezita.Mereka kemudiannya meminta agar En Satan dapat menggunakan popularitinya untuk memujuk penduduk bumi agar dapat berpindah ke planet Plant.En Satan bersetuju dan dia pun memberitahu orang ramai yang Planet Bumi akan meletup pada bila-bila masa sahaja.Namun begitu, tiada siapa yang percaya akan kata-katanya sehinggalah satu gempa bumi yang menggegarkan seluruh bumi berlaku.Penduduk bumi pun mula percaya akan kata-kata Satan.Lalu, Satan meminta agar sesiapa yang mahu mengikutnya berpindah ke planet Plant, perlu memakai butang "Satan".(tetapi Bezita enggan memakai butang tersebut)

Goku kemudiannya bertukar kepada SSJ4 dan terus teleport ke sebuah stadium yang penuh dengan orang ramai yang mahu berpindah dari bumi.Mereka membentuk satu barisan panjang dan saling memegang bahu bersama-sama.Kemudian, Goku dan Kaiou-Bit pun terus memindahkan mereka semua menggunakan teknik pergerakan sejenak(teleport).Pada saat ini, hampir kesemua watak-watak yang pernah wujud sepanjang komik Mutiara Naga turut muncul seperti Pilaf,Tenshinhan,Chau-zu dll.
Disebuah pusat permainan pula, kelihatan sekumpulan anak muda sedang bermain permainan video sedang dipujuk oleh Goten supaya berpindah.Bagaimanapun, mereka enggan dan mahu terus bermain.Oleh itu, Bezita naik marah dan terus memukul mereka semua.

Akhirnya, hampir semua penduduk bumi telah dipindahkan dan keadaan gempa semakin teruk.Kelihatan, mereka juga turut bersusah payah untuk membawa bersama haiwan-haiwan masuk kedalam kapal angkasa. Kemudian, disebuah ladang, sekeluarga petani sedang turut cuba untuk menyelamatkan binatang ternakan mereka.Tiba-tiba, anak bersama anjing peliharaan mereka terjatuh kedalam lubang rekahan bumi.Sungguhpun begitu, Pikor muncul dan menyelamatkan mereka.Goku kemudiannya muncul dan cuba menghantar mereka ke kapal angkasa.Bagaimanapun, disebabkan sudah keletihan, kuasa SSJ4 Goku sudah luntur dan dia kembali ke keadaan normal.Pikor yang menyedari hakikat bahawa Goku tidak dapat melakukan pergerakan sejenak dalam keadaan badan kanak-kanak, terus memberi kata-kata semangat kepada Goku supaya terus mencuba.Goku akhirnya berjaya teleport ke kapal angkasa.

Apabila kapal angkasa mereka mendarat dibumi, Goku teringatkan Pikor yang masih tertinggal dibumi dan mula berasa tidak senang(Pikor masih cedera disebabkan serangan Gohan-Baby).Tiba-tiba, Pikor menghubungi Gohan dan dia berkata bahawa, Gohan sudah membesar dengan baik sebagai seorang yang gagah dan berkuasa besar dan...dia turut mengatakan bahawa, dia dan bumi adalah SATU.Jika bumi akan musnah, maka dia juga mahu turut musnah bersama.Kemudian, bumi pun meletup dan Pikor mati bersama-sama letupan tersebut.Gohan menangis kesedihan.

Beberapa hari kemudian, Mutiara Naga Planet Nameck dikumpulkan dan bumi pun dikembalikan seperti asal.Kemudian, kesemua penduduk bumi pun kembali ke bumi.

Trunks pun kembali sebagai Presiden Capsule Corp.Gill pula telah diperbaiki semula dan bergembira semula dengan Pan.Goku masih lagi kanak-kanak dan Pikor sudah mati.Seluruh bumi pun kembali aman.....

Kisah Dragonball GT ini masih belum tamat...Apakah yang akan berlaku seterusnya??????Nantikan minggu akan datang..

SIla lawat website dibawah sebagai sokongan kepada cerita dragonball GT ini...


Join NetSponsors.com Here is the place to get Sponsored!

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
dragonball@dragonball.com
http://only.at/dragonball
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************