Dragonball GT #1(December 14, 1998)

Misteri Mutiara Naga muncul!!Goku menjadi kecil semula!.

10 tahun selepas era Mutiara Naga ...

Goku berlatih bersama-sama dengan Uubu di istana Dewa dan mereka saling berbalas-balas serangan sehinggakan istana tersebut mengalami beberapa kerosakan.Ini merisaukan Popo dan Danda yang turut berada disekitar situ.

Sementara itu, Raja Pilaf,Shuu dan Mai sedang mendaki istana dewa dengan menggunakan robot untuk menceroboh ke dalam nya dan mencuri kesemua 7 biji mutiara naga yang tersimpan didalam suatu bekas yang diperbuat dari tulang.Mutiara Naga tersebut dikenali sebagai Mutiara Naga Unggul atau Mutiara Naga yang asalnya dicipta oleh Dewa Bumi.Ia juga turut dipanggil sebagai Mutiara Naga Hitam dan dipercayai lebih hebat dari Mutiara Naga sebelum ini.

Setelah beberapa ketika, Goku dan Uubu pun berhenti berlatih.Kedua-duanya kelihatan agak keletihan.Oleh itu, Danda pun datang untuk memulihkan kembali tenaga mereka.Sesudah pulih, mereka berbual-bual dan berjanji untuk kembali berlatih di istana tersebut dalam jangkamasa satu tahun.Kemudian, Uubu pun terbang ke tempat asalnya.

Sementara itu, didalam istana pula, Raja Pilaf telah menjumpai Mutiara Naga Unggul yang tersimpan didalamnya dan dia bersedia untuk memanggil Dewa Naga supaya keluar.Pada ketika itu, Shuu melahirkan rasa terharu dan Mai pula mengingatkan mereka yang pada masa seperti inilah gangguan sering berlaku.Raja Pilaf sudah tidak sabar-sabar.Oleh itu, dia pun memanggil Dewa Naga keluar.

Dewa Naga Unggul ini berwarna kuning keemasan dan kelihatan sangat besar.

Pada masa yang sama, Goku pula sedang kelaparan dan merayau-rayau disekitar istana untuk mencari makanan.Dia merasa terkejut apabila mendapati yang langit menjadi gelap.Oleh itu, dia pun cuba untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Goku kemudiannya menjumpai Pilaf dan pengikut-pengikutnya.Dia berasa sangat terkejut dan Pilaf pula naik marah lalu menembak peluru berpandu kearah Goku.Goku dengan mudah menangkapnya. Pilaf yang semakin marah kemudiannya menyatakan yang dia berharap agar akan kembali kepada kanak-kanak supaya dia lebih mudah untuk dikalahkan.

Dewa Naga Unggul mendengar hasrat Pilaf ini dan terus menunaikannya.Kemudian, 7 biji mutiara naga tersebut pun terbang bertebaran .

seketika kemudian, Danda dan Popo sampai ke tempat kejadian dan berasa sangat terkejut dengan perubahan yang berlaku pada Goku.

Dewa yang mengetahui akan kejadian tersebut kemudiannya memberitahu Danda melalui telepati yang Mutiara Naga Unggul sahaja yang boleh memulihkan kembali Goku kepada asal dan ke tujuh-tujuh Mutiara Naga tersebut telah bertebaran diseluruh galaksi.

Goku masih terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Dia kemudiannya, turun kebumi untuk mencari makanan kerana dia berasa sangat lapar.

Di bandar Satan,Pan dan teman lelakinya sedang bersiar-siar dan mereka bertekak seketika kerana Pan mahu menonton wayang sedangkan teman lelakinya tidak mahu.Sementara itu, Datuk Kame juga turut berada di bandar tersebut sambil mengekori Pan.

Tiba-tiba berlaku satu rompakan dibandar tersebut. Perompak-perompak tersebut menembak dan membunuh orang ramai dan polis yang berada disitu.Keadaan huru-hara ini turut dapat dirasai oleh Goku yang sedang makan di restoren berhampiran.Oleh itu, dia pun bergegas keluar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Goku cuba untuk berlawan dengan perompak tersebut tetapi dihalang oleh Pan.Pan menyuruhnya berundur dan dia dengan mudah mengalahkan perompak-perompak tersebut.Teman lelaki Pan yang menyaksikan kejadian tersebut menjadi takut dengan kekuatan Pan dan terus melarikan diri.

Kemudian, datuk Kame muncul.Pan dan Goku pun memanggil namanya dengan serentak.Datuk Kame merasa terkejut apabila melihat Goku yang menjadi kanak-kanak semula.Pan pula seperti tidak percaya apabila melihatkan datuknya(Goku) tersebut.Tambahan pula, mereka memang sudah lama tidak bertemu.

Oleh itu, mereka pun pergi kerumah Goku dan berbincang.Masing-masing tertanya-tanya samada Mutiara Naga dapat memulihkan kembali Goku sehinggalah Dewa menyatakan yang cuma Mutiara Naga Unggul dapat memulihkan kembali Goku kerana ia lebih hebat dari Mutiara Naga asal dan Mutiara NAga Unggul tersebut juga turut membawa alamat buruk iaitu jika ke tujuh-tujuh Mutiara NAga Unggul tersebut tidak dikumpulkan dalam masa setahun...bumi ini akan meletup kerana Mutiara Naga Unggul tersebut telah memberikan satu tekanan yang kuat pada bumi.

Kenyataan tersebut mengejutkan semua yang berada disitu...

Maka...pengembaraan terbaru Goku pun bermula...

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************