Dragonball GT #10(March 09, 1999)

Tarian Serangan!? Boom-Shakalaka!!

Pan bertarung dengan cacing gergasi tersebut dengan bersungguh-sungguh tetapi dia tetap gagal menewaskannya.Sementara itu, makhluk asing bertiga tadi tidak menjumpai sebarang mutiara naga didalam kapal angkasa tersebut.Mereka pun berpendapat yang Trunks,Goku dan pan telah membawa mutiara naga bersama-sama mereka. Dan, jika Goku dan yang lain mati, maka ketiga-tiga makhluk asing tersebut akan ditukarkan kepada patung oleh pendita planet mereka.

Di planet Ruudo, Ketua Pendita, Mochimochi sedang menukarkan tahanannya kepada patung dan kuasa dari tahanannya itu akan diberikan kepada Dewa Ruudo dengan cara memasukkan patung tersebut kedalam bekas abu mayat yang dipegang oleh patung Ruudo. Kemudian, paras cecair yang terdapat pada patung itu..akan turut meningkat untuk menunjukkan yang kuasa Ruudo makin meningkat.Oleh sebab takut ditukarkan kepada patung, mereka bertiga pun berharap yang Trunks, Goku dan pan akan berjaya menewaskan cacing2 tersebut.

Sementara itu, Goku cuba untuk menunggang dibelakang salah seekor dari cacing tersebut tetapi dia telah terjatuh kedalam sebuah lubang.Ini menyebabkan Goku terpaksa menolak cacing itu keluar supaya dia boleh keluar dari lubang tersebut.Dia kemudiannya terus membelasah cacing tersebut yang masih berada didalam lubang dan turut dibantu oleh Trunks dan Pan.kemudian, cacing itu pun mengalami kecederaan teruk dan makhluk asing bertiga tadi pun bertepuk tangan kegembiraan.Bonpara pun bertanyakan samada manusia bertiga itu mempunyai mutiara naga yang lagi satu lalu meminta nya.Tetapi, Pan pula meminta supaya mereka menyerahkan kembali mutiara naga yang mereka curi dari mereka sebelum ini. Oleh itu, mereka bertiga pun melakukan satu tarian aneh!!

Pada mulanya, mereka memandang ke bawah.Kemudian, mereka ketawa seperti orang gila.Seketika kemudian, mereka menanggalkan pakaian perisai mereka yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu sistem speaker/bunyi/cahaya.Kemudian, barulah mereka mula menari. Setelah beberapa ketika, Goku,Trunks dan Pan berasa terpukau dan turut menari bersama.

Apabila mereka bertiga semakin asyik menari, mereka pun hilang kawalan pada badan mereka.Dan, Bonpara pun mengambil peluang itu untuk memukul mereka bertiga bertalu-talu.Kemudian, makhluk asing itu menari dengan lebih laju lagi sehingga berlaku litar pintas pada Gill.

Pada ketika mereka sedang asyik menari, cacing gergasi tadi bangun semula dan menyerang Bonpara.Oleh itu, makhluk asing tersebut hilang kawalan dengan muzik dan cahaya juga berhenti. Oleh itu, kawalan pada Trunks,Goku dan Pan juga turut terlerai dan mereka bebas semula lalu menyerang Bonpara berkali-kali dan mereka juga turut menyerang cacing gergasi tersebut sehinggalah kedua-duanya tertewas.

Setelah berjaya mengalahkan mereka, ketiga-tiga makhluk asing itu pun diikat.Pan,Gill dan Trunks kemudiannya menggeledah kapal angkasa makhluk asing tersebut untuk mendapatkan semula mutiara naga yang telah dicuri tetapi gagal.Oleh itu, trunks bergerak keluar dan secara tiba-tiba butang 'start' pada kapal tersebut menyala.Pan terkejut dan komputer didalam kapal tersebut mengumumkan yang kapal tersebut sudah bersiap sedia untuk kembali ke planet Ruudo dan terus terbang.Trunks dan Goku terkejut dan ketakutan....

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
mutiara_naga@mailcity.com
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************