Dragonball GT #11(March 19, 1999)
Sihir Ruudo!! Pan Bertukar Menjadi Patung!!
Ketiga-tiga makhluk asing itu kembali ke Planet Ruudo dan graviti kembali seperti di planet Ruudo.Gill mendarat diatas kepala Pan dan menyebabkan Pan naik marah.Tetapi, kemarahannya hanya seketika apabila terpaksa meminta pertolongan dari Gill untuk menariknya keluar.Bagaimanapun, Gill berundur dan menjerit 'bahaya!!'Pan tidak tahu apa-apa mengenai panel kawalan kapal angkasa tersebut tetapi disebabkan Gill juga adalah mesin seperti juga kapal angkasa tersebut maka Pan berpendapat yang Gill juga sudah pasti tahu mengendalikannya.Oleh itu dia bertanyakan Gill butang mana yang patut dia tekan supaya dia dapat kembali kepada Trunks dan Goku.Gill kemudiannya menunjukkan yang Pan telah tertekan satu butang iaitu butang perangkap. Oleh itu, Pan pun terjatuh ke tempat yang penuh dengan sampah.
Di planet Beehei pula, Goku tertanya-tanya kemana Pan telah pergi dan Trunks memaksa makluk2 asing itu memberitahunya dengan segera.Bagaimanapun, mereka bertiga cuma menjawab.."1 - 2, 1 - 2, saya tidak tahu.""1 - 2, 1 - 2, saya tidak tahu.""1 - 2, 1 - 2, saya tidak tahu apa-apa mengenai planet Ruudo."
Berbalik di planet Ruudo, kapal angaksa yang membawa Pan dan Gill mendarat dengan selamat dan Gill masih lagi sedang berada diatas kepala Pan yang tertanya-tanya dimanakan dia berada sekarang.Kemudian, mereka mendapati yang berdekatan dengan tempat tersebut, terdapat dua barisan panjang kapal -kapal angkasa yang hampir serupa.Pan menjangkakan yang mereka sedang berada di planet musuh dan pada masa yang sama, Gill pula telah berjaya mengesan lokasi Mutiara Naga disekitar planet tersebut. Pan merasa pelik kerana terdapat mutiara naga diplanet tersebut dan dia pun menyifatkan yang ia dibawa oleh '3 makhluk asing' tadi kesitu.Oleh itu, Pan dan Gill pun terus menjadi dimana letakkan mutiara naga tersebut.
Pan terus mencari sehinggalah dia sampai disebuah bangunan seperti istana.Pada ketika ini, Gill menjadi panik dan menjerit 'bahaya!!' berulang kali.Semakin mereka dekat, Gill menjadi semakin panik dan kemudian berpura-pura mati. Bagaimanapun, Pan tetap inginmengatahui apakah bahaya yang dimaksudkan oleh Gill.Gill cuba menerangkan kepada Pan tetapi Pan masih tidak puas hati.Oleh itu, dia pun pergi seorang diri dan masuk kedalam.
Didalam lubang tersebut, dia terdengar orang sedang berbual-bual dan terdapat juga pintu besar dengan mangga kunci yang besar.Diatas pintu itu berdapat pula pintu-pintu yang lebih kecil dengan terdapat didalamnya lorong yang kecil dan menyeramkan dengan patung-patung Ruudo yang telah lama sedang memegang bekas abu yang besar.Pan ketakutan kemudian dia sampai ke tempat Mochimochi dengan patung Ruudo yang sedang digunakan.Kemudian, kedengaran pengikut-pengikutnya sedang menjerit-jerit dan Mochimochi terus menyuruh pengikutnya menjerit-jerit nama Ruudo kerana kehidupan mereka adalah dari kuasa Ruudo. Dari situ, Pan dapat melihat mutiara naga yang sedang dicarinya tetapi pada masa yang sama kehadirannya telah kesan oleh 2 orang pengawal.
Sementara itu, kapal angkasa Trunks dan Goku telah mendarat di planet Ruudo.Trunks turun dan diikuti Goku dan 3 orang makhluk asing yang telah mereka tangkap.Bagaimanapun mereka bertiga enggan turun sambil menggigit dinding kapal tersebut.Mereka kemudiannya merayu supaya tidak dibawa berjumpa dengan Mochimochi.Seketika kemudian, Gill menjumpai mereka dan memberitahu Trunks yang Pan sedang berada dalam keadaan bahaya.
Didalam tempat penyembahan, Pan membelasah 2 orang pengawal tersebut.Mochimochi tersedar.Kemudian, Pan terbang kearahnya sambil memaki hamunnya dan mengambil semula mutiara naga.Mochimochi memperkenal dirinya sebagai paderi Dewa Ruudo dan dia sedang cuba menghidupkan semula Dewanya yang telah mati.
ketika dia sedang berkata-kata, Pan mengambil mutiara naga tersebut dan cuba keluar dari situ.Tetapi, secara tiba-tiba cara terpancar dari mata patung Ruudo dan terkena Pan.Pan pun bertukar kepada patung dan mutiara naga bergolek kembali ke kaki Mochimochi.Sementara itu, Pan pula tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat bergerak lagi.Pada ketika Mochimochi mahu memasukkan pan kedalam bekas abu...satu gempa telah berlaku dan Pan terjatuh ke lantai.Gempa itu adalah disebabkan oleh Trunks dan Goku yang sedang mengheret ketiga-tiga tawanan mereka.
Kemudian mereka sampai ketempat penyembahan tersebut.Goku tidak dapat menemui Pan.Sementara itu, ketiga-tiga makhluk asing tersebut telah ditukarkan oleh Mochimochi kepada patung dan dimasukkan kedalam bekas abu---paras cecair pada patung Ruudo pun meningkat mendadak.Goku menyifatkan semua itu sebagai menakutkan tetapi Mochimochi mengatakan yang semua itu adalah yang terbaik selagi ia adalah untuk Dewa Ruudo.
Mochimochi meminta mereka menyerahkan mutiara naga dan secara tiba-tiba patung tersebut memancarkan lebih banyak cahaya dan mengenai para pengikutnya yang berada di tempat tersebut.Mochimochi berpura-pura ketakutan supaya Trunks memandang kebelakang.Kemudian dia menarik Trunks ke lantai.Goku kemudiannya cuba menumbuk Mochimochi tetapi dia terlebih dahulu telah ditembak didahinya.
Kemudian, Mochimochi menyuruh supaya senjata unggul mereka dikeluarkan.Senjata tersebut adalah seekor singa biru dengan bulu tengkung berwarna oren yang sangat besar dan turut mempunyai taring yang panjang.Tanpa berlengah, Goku menembak bola tenaga ke arah siling dan menyebabkan siling itu terjatuh diatas badan singa tersebut dan musnah.Pan yang masih terbaring kaku cuba menjerit meminta tolong.Gill berlari kearahnya dan memijak kepala Pan.Pan berasa sangat marah tetapi tidak dapat berbuat apa2.Gill kemudiannya, berhenti, memandang kebelakang dan terus mengambil Pan.Kemudian, robot tersebut telah ditendang dan seorang lelaki misteri telah mengambil Pan.
Sementara itu, Mochimochi merasa tidak percaya yang singanya sudah musnah.Tiba-tiba, terdapat satu letupan berlaku dan memusnahkan Mochimochi .Goku dan Trunks terselamat.Mereka kemudiannya terdengar seseorang berkata yang pendatang dari bumi adalah sangat berbakat.Tanpa disangka-sangka ,Mochimochi bangun semula dan bertukar kepada bentuk badan yang berbeza iaitu berupa seperti pengikut syaitan yang berwarna kuning bernama "Muchi"("whip"). Muchi mendakwa yang dia adalah Paderi Sebenar Dewa Ruudo.
------------------------------------------
Nota: Muchi memanggil dirinya sebagai "Ruudo-sama no shinkan", or Paderi Ruudo.
Shinkan diterjemah sebagai " Penyembah Shinto "
------------------------------------------
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz mutiara_naga@mailcity.com Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************