Dragonball GT #12(March 28, 1999)
Masalah Utusan Tuhan!! Tentera Ruudo
Mushi berserta Trunks dan Gokumasih berdiri tegak.Sementara itu, kesemua penyembah2 Ruudo telah lari lintang pukang.Mushi kemudiannya, bergerak mengambil belati hikmatnya berhampiran kaki Goku.Goku mahu mencabar Mushi berlawan tetapi Mushi mengatakan yang mereka masih belum mengetahui akan kuasa sebenarnya.Oleh itu,dia mahu menunjukkan kepada mereka berdua.Mushi menghentak belatikan ketanah,makhluk dari batu pun muncul dari tanah dan Mushi mengatakan yang itu adalah tanda syaitan akan menguasai bumi.Makhluk itu menyerang.Goku dan Trunks melarikan diri untuk menjauhinya kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Cara yang terbaik adalah dengan menghancurkan makhluk yang mendekati mereka.Kemudian, mereka dipukul oleh makhluk tersebut dan ini menyebabkan Trunks terpaksa menembak mereka dengan bola tenaga.Bagaimanapun Trunks terus diserang sehinggakan terjatuh ditingkat bawah dan dia terus dipukul sehingga tertimbus dibawah timbunan batu-batu.Trunks cuba menyerang balas tetapi dia tidak mampu bergerak kerana batu-batu yang menimbusnya terlalu berat. Seketika kemudian, Goku melihat kebawah untuk melihat keadaan Trunks.
Mushi kemudiannya menghancurkan tangga dan menyebabkan Goku turut terjatuh ke tingkat bawah.Kemudian, Mushi melemparkan beberapa bilah pedang kearah Goku dan pedang2 ini mengelilingi seperti sangkar dan memerangkap Goku.Goku berjaya melepaskan diri dan menyerang Mushi.Oleh itu, Mushi menghentak pula belatinya kearah tiang berhampiran.Kemudian, 2 tempat api bergabung pada pertemuan tiang tersebut seperti kipas dan menjadikan dia seperti peluru berapi dan terbang kearah Goku.Seluar Goku terbakar dan Mushi mengarahkan kepada peluru berapi itu supaya terus menyerang.Oleh itu, Goku mengambil salah satu daripada pedang yang berada berdekatannya dan memusnahkan salah satu dari bekas api tersebut.
Goku kemudiannya mencabar Mushi supaya berlawan secara bersemuka.Mushi naik marah dan menghentak pula pada lantai.Tangan-tangan keluar dari lantai tersebut dan menangkap kaki Goku.Goku terperangkap dan terus dipukul oleh tangan-tangan tersebut.Goku naik marah dan menjerit sekuat hati.Tangan-tangan tersebut hancur dan Goku berjaya melepaskan diri.Mushi kemudiannya, menghentak pula pada dinding berdekatan.Oleh itu, sebuah patung muncul dan menangkap Goku.Tanpa pilihan lain, Goku pun bertukar kepada Super Saiya 1(SSJ1) .Dia pun memusnahkan patung tersebut dan memukul Mushi ke lantai.Mushi terpinga-pinga.
Sementara itu, terdapat lelaki-monyet berambut panjang perang sedang menyaksikan pertarungan tersebut dari skrin TV yang terdapat dibiliknya dan dilengannya terdapat patung Pan.Dia kagum dengan tenaga Goku dan berpendapat yang tenaga sebanyak itu adalah amat diperlukan oleh Ruudo.Bagaimanapun Mushi tidak cukup kuat untuk mengalahkan Goku.Kemudian,orang utusannya muncul dan memberitahunya yang Moshimoshi telah dibunuh oleh pendatang dari luar.(Dia memanggil monnyet tersebut sebagai "Perintis Ajaran") Monyet itu menjawab yang dia mahu supaya semua pengikut2 Ruudo berkumpul didepan patung Ruudo dan mengatakan yang keadaan adalah baik.Orang utusan itu pergi dan Pan secara diam tertanya-tanya bagaimanakan orang monyet tersebut boleh jadi "Perintis kepada Ajaran Ruudo". Perintis itu kemudiannya memutarkan-mutarkan cincinnya dan cincin tersebut mengeluarkan pancaran sepertimana pancaran yang menukarkan orang kepada patung.
Orang ramai berkumpul didepan patung Ruudo.Kebanyakan dari mereka telah tercedera dan berbalut.Mereka ternanti-nanti akan sebab utama Doru-takki(monyet tersebut) mahu berjumpa mereka.Mereka menjangkakan yang dia mahu menjadikan semuanya baik semula kepada asal.
(Doru-Takki diterjemah kepada "Doll"-Takki.Makna "Takki" adalah dari perkataan "Touch" menjadikan "Doll Touch" .)
Doru-Takki muncul dan berterima kasih kepada semua yang telah menyembah dan berkerja keras untuk Ruudo.Dia juga mendakwa yang Ruudo sudah bersedia untuk muncul.Oleh itu, dia mahu mereka semua untuk bergabung dengan Ruudo.Tanpa berlengah masa,Doru-Takki memancarkan cahaya kekepala patung Ruudo dan dia mengucapkan selamat tinggal kepada semua.Cahaya itu kemudiannya memancar kearah orang ramai dan menukarkan mereka kepada patung.
Kemudian,pancaran itu bertukar dari merah kepada hijau, angin kuat muncul dan menerbangkan semua patung2 tersebut kedalam bekas abu gergasi Ruudo.Oleh itu, paras cecair pada patung tersebut terus meningkat tetapi masih belum mencukupi.Dia kemudiannya memandang kearah patung Pan.Pan panik.
Dari bawah batu-batu yang menimbunnya, Trunks bertukar kepada SSJ1.Dia menghancurkan batu-batu disekelilingnya dan kemudiannya terbang kearah Goku.Mushi masih tertanya-tanya kerana peningkatan mendadak tenaga mereka berdua.Mereka terus bertarung dan akhirnya Trunks telah berjaya menghancurkan Mushi dengan bola tenaganya apabila Mushi cuba untuk membunuh Goku yang sudah bertukar kembali kepada normal.
Sementara itu, Doru-takki tidak menghiraukan apa yang berlaku dan dia terus bermain-main dengan patung Pan yang disifatkannya sebagai patung kesayangannya dan dia tidak mahu memberikan Pan kepada Ruudo.Dia kemudiannya mahu menukarkan baju Pan dan dia memilih blaus berwarna biru laut.Pada ketika dia mahu membuka baju Pan, Pan cuba menjerit tetapi gagal.Bagaimanapun, tiba-tiba siren kecemasan berbunyi.Doru-Takki merasa kecewa kerana tidak dapat terus bermain dengan Pan.Oleh itu, dia pun bersedia untuk menghidupkan semula Ruudo walaupun bukan pada tahap tenaga tertinggi bagi menghapuskan Goku dan Trunks.
Sementara itu,Goku dan Trunks sampai ke patung Ruudo dan tertanya-tanya dimanakah mereka dapat mencari semula Pan.Trunks kemudiannya ternampak sebuah patung yang terdapat dilantai dan Goku pula berjumpa semula dengan mutiara naga yang dicari-cari mereka.Doru-Takki menyuruh Goku meletakkan semula mutiara naga tersebut dan memperkenalkan diri.Kemudian, dia mengatakan yang disebabkan mereka berdua telah mengganggu dia bermain dengan patung Pan, dia mahu membunuh mereka berdua.Doru-Takki memancarkan sinar sekali lagi keatas patung Ruudo dan lampu hijau bersinar dari mata Ruudo.Gill yang masih berada berdekatan tempat tersebut menjerit "bahaya..bahaya".Sementara itu, tenaga dari bekas abu tersebut terpancar dan patung Ruudo mula retak.
Doru-Takki pun ketawa sekuat hati....
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz mutiara_naga@mailcity.com Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************