• Sci-Fi Art - Sci-Fi Art, Internet comic book, Star Trek Jokes, Nelix & Kes, Tuvok, Chakotay, Tom Paris, Holodoc, and Harry Kim.
  • Dragonball GT #13(April 09, 1999)

    Bapa dan Anak!? Teka-teki kemunculan Saintis Myuu??

    Ruudo membebaskan diri dari tampalan batu pada badannya dan ia muncul sebagai sebuah robot patung seperti bayi yang sangat besar,beekor dan berwarna kuning.Goku mentertawakan robot tersebut tetapi Trunks menyedari yang robot tersebut mempunyai sumber kuasa yang sanagt kuat.

    Ruudo berjalan kearah mereka untuk menunjukkan betapa tinggi dirinya.Doru-Takki mahu Ruudo berlawan dengan mereka kerana dia mahu bermain dengan patung Pan.Pan merungut kerana dia langsung tidak berminat untuk bermain denagn Doru-Takki.

    Goku dan Trunks cuba untuk menyelamatkan Pan tetapi mereka dihalang oleh Ruudo yang berbadan besar.Oleh itu, Goku cuba menaikkan kemarahan Ruudo dengan menunjuk-nunjuk dan menampar-nampar punggulnya kearah Ruudo.Pan pula kecewa kerana dia tidak dapat berkata-kata terutama apabila Doru-Takki bercakap sebagai dirinya.Doru-Takki kemudiannya memilih baju china untuk dipakaikan pada Pan.Tapi sebelum itu, dia menyikatkan rambut Pan menggunakan berus gigi.Pan naik marah dan berharap supaya dia pulih kembali dan membalas dendam keatas Doru-Takki yang memalukannya.

    Tindakan Goku berjaya menaikkan kemarahan Ruudo.Ruudo pun mengejarnya.Goku kemudiannya menembak bola tenaga ke muka Ruudo tetapi tidak membawa sebarang kesan.Goku terkejut.Oleh itu, dia lari melalui celah kaki Ruudo.Ini memberi peluang untuk Trunks pergi melepasi Ruudo dan menyelamatkan Pan.Malangnya,Ruudo secara tiba-tiba terpijak tiang yang dihujungnya terdapat Goku dan Goku pun terpelanting ke muka Trunks.Kedua-duanya terjatuh dan Ruudo memijak mereka berdua.

    Sementara itu, Doru-Takki sudah selesai mendandan Pan dan dia pun bersedia untuk memakaikan pakaian cina untuk Pan.Tiba-tiba,kedengaran suara seseorang dari skrin.Suara tersebut adalah suara Dr.Myuu, iaitu saintis yang mencipta Ruudo dan memberi tugasan untuk Doru-Takki bagi mengumpulkan sumber tenaga untuk Ruudo.Myuu mahu bercakap dengan Doru-Takki.Oleh itu,Doru-takki terus memberi hormat dengan melutut didepan Dr Myuu.Dr.Myuu bertanyakan kepada Doru-Takki mengenai jumlah mutiara naga yang telah berjaya dikumpul dan dia kemudiannya merasa kecewa apabila mendapati cuma sebiji saja yang berjaya dikumpul.Doru-Takki kemudiannya berjanji yang dia akan mendapatkan mutiara naga kedua sedikit masa lagi.Oleh itu,Dr.Myuu muncul di skrin dan wajahnya hampir menyerupai wajah Dr.Gero dan Kaiou Utara dengan rambut panjang berwarna merah.Dr.Myuu mengatakan yang dia mahukan mutiara naga secepat mungkin untuk menguasai seluruh galaksi.Pan cuba membantah kerana ia bukannya tujuan utama mutiara naga dicipta tetapi suaranya tidak keluar.

    Kemudian, Dr.Myuu meminta supaya mutiara naga kedua diserahkan padanya tetapi Doru-Takki meminta sedikit masa kerana Ruudo sedang berhadapan dengan 2 orang pengacau.Ini mengejutkan Dr.Myuu.Oleh itu dia mahu tahu apa yang sedang berlaku pada Ruudo dan samada tenaga terkumpul cukup untuk Ruudo mencapai tahap ke 3.Doru-Takki menjawab yang tahap ke 2 sudah cukup untuk mengalahkan mereka berdua.Oleh itu,Dr.Myuu pun dijemput untuk melihat peningkatan tenaga Ruudo.

    Pada ketika itu, Goku dan Trunks telah bertukar kepada SSJ1 dan menghasilkan letupan dari kaki Ruudo.Ruudo terjatuh dan merosakkan kawasan tersebut.Mereka berdua kembali kepada normal.Doru-Takki mula panik tetapi Dr.Myuu ketawa melihat kejadian tersebut.

    Trunks dan Goku menyerang lagi dan menyebabkan Ruudo terjatuh buat kali kedua.Ruudo kemudiannya menggeleng kepalanya dan menembak bola api dari matanya.Dia bangun dan mula memutar-mutar lengannya seperti 2 bilah kipas kapalterbang yang besar.Ini menghasilkan angin yang kuat dan angin ini membawa api dari bekas abu yang berada didalam kuil tersebut kearah mereka berdua. Pada ketika ini,mereka berdua mula sedar yang Ruudo memiliki tenaga yang sangat kuat tetapi tidak tahu menggunakannya seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.

    Dr.Myuu memarahi Doru-Takki kerana membuat keputusan tanpa meminta nasihat darinya terlebih dahulu.Menurut Dr.Myuu, tujuan dia mencipta Ruudo adalah supaya pada suatu hari nanti, Ruudo akan membesar dan bermain dengan semua planet-planet didalam galaksi yang dimilikinya.Dan, dia menyifatkan yang Doru-Takki telah merosakkan rancangannya itu.

    Goku dan Trunks kemudiannya menggunakan serangan tenaga kearah bahu Ruudo untuk membuatnya hilang tenaga dan kepanasan.Ruudo pun jatuh melutut .Dia berhenti memutarkan kedua-dua belah tangannya dan mengurangkan kepanasan dengan menggosok-gosoknya sebelum berdiri kembali.Sungguhpun begitu, Goku dan Trunks tidak putus asa dan terus menyerang lagi pada kesemua arah.

    Pan yang melihat dari skrin merasa gembira.Pada ketika itu, Myuu sedar akan Pan sedang terlekat pada tali pinggang Doru-Takki.Doru-Takki pun memberitahu Dr.Myuu yang pan merupakan sahabat kepada 2 penceroboh tersebut(Goku dan Trunks).Myuu mengatakan yang Pan memiliki sumber tenaga yang sangat kuat dan patut dikorbankan untuk Ruudo.Kedua-dua Doru-Takki dan Pan mula panik.

    Doru-Takki membantah.Oleh itu, Dr.Myuu pun mengambil keputusan untuk mengorbankan Doru-Takki bersama-sama Pan.Dia menekan butang pada panel kawalan dan satu cahaya putih terpancar dan menukarkan Doru-Takki kepada patung.Kemudian, satu anagin kuat muncul dan memasukkan mereka berdua kedalam bekas abu yang terdapat disitu.Jiwa kedua-dua patung tersebut kemudiannya meninggalkan badan mereka dan masuk kedalam mulut Ruudo.Tanpa berlengah, Goku dan Trunks pergi kepada bekas tersebut untuk mencari semula Pan tetapi Ruudo meletupkan tempat tersebut.Cecair pada bekas pengumpul tenaga meningkat sehingga paras maksimum.Oleh itu, Ruudo bertukar kepada merah dengan dengan terdapat cahaya merah disekelingnya.Dr.Myuu berasa lega.

    Goku kemudiannya menjerit nama Pan......

    Apakah yang berlaku seterusnya???....bersambung di episod ke 14..

    ****************************************************************
    Disiapkan oleh;
    Azman Aziz
    dragonball@popmail.com
    Mechanical Engineering,UMKL
    
    Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
    hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
    dahulu ****************************************************************