Dragonball GT #14(April 16, 1999)

Rentak Kami Berjalan Lancar!!?? Kemusnahan Ruudo

Ruudo sudah berada tahap kuasa maksimumnya.Badannya sekarang berwarna merah kerana bahang kepanasan.Pancaran cahaya muncul dari matanya dan menmbaknya menembusi dinding istana dan kekawasan disekitar.Goku dan Trunks terkejut dan kagum. Sementara itu, Myuu pula berasa bangga dengan robot ciptaannya itu.Trunks kemudiannya mengatakan yang mereka perlu menyelamat Pan dengan segera.

Didalam badan Ruudo,Pan berasa seperti mimpi ngeri dan Doru-Takki pula sedang cuba untuk menciumnya.Pan pun bangun dan mendapati disekelilingnya terdapat banyak lagi patung sedang terapung.Oleh itu, dia mula sedar yang dia sedang berada didlam badan Ruudo.Doru-Takki juga turut terapung dan cuba menciumnya lagi.Pan menjerit dan menampar Doru-Takki sampai memarahinya.Bunyi bising ini menyebabkan patung-patung lain turut terjaga.Doru-takki pula terus melarikan diri dan merungut-rungut dengan sikap Pan.Oleh itu, Pan pun mengatakan yang inilah dirinya yang sebenarnya. Kemudian, ketiga-tiga makhluk asing yang mencuri mutira naga mereka turut terjaga dan tertanya-tanya dimana mereka berada.Pan pula terus memukul Doru-takki sebagai membalas dendam diatas perbuatan Doru-Takki keatas dirinya sebelum ini dan kemudian menembakkan bola tenaga kearahnya.Bola tenaga tersebut kemudiannya melantun merata-rata apabila terkena dinding badan Ruudo.Doru-Takki pun menyuruh Pan berhenti menyerangnya. Akhirnya, bola tenaga itu berhenti melantun apabila terkena kepala Doru-Takki. Ini menyebabkan orang ramai mangsa korban mula sedar akan kewujudan Doru-Takki ditempat tersebut.Oleh itu, mereka pun mengelilinginya.Doru-Takki mengutuk mereka semua dan menyuruh mereka bersikap lebih sopan dengannya kerana cuma dia yang tahu dimana jalan keluar. Pan kemudiannya menyuruh mereka semua bertenang dan mengikut arahannya.

Diluar, Ruudo terus menunjukkan kekuatan sebenarnya dengan memusnahkan kawasan disekitarnya.Sementara itu, Doru-Takki pula tidak berani untuk melakukan apa-apa kerana takut dimarahi oleh Myuu lagi.Oleh itu, dia enggan memberitahu Pan rahsia untuk keluar dari situ.Pan yang sudah menjangkakan akan jawapan dari Doru-Takki itu kemudiannya mengheret letiga-tiga makhluk asing tadi dan menyuruh mereka melakukan tarian yang pernah mereka lakukan dulu keatas Goku,Trunks dan dirinya.Mereka bertiga pun mula menari dan ini menyebabkan Doru-Takki juga turut bangun menari . Pada ketika dia sedang menari itu,mereka pun bertanya mengenai kelemahan Ruudo dan Doru-Takki yang seperti telah dipukau memberitahu mereka yang kelemahan nya terletak pada jantungnya.

Diatas mereka semua terdapat satu bebola merah yang besar seperti jantung dan menurut Doru-Takki, Dr.Myuu telah menyambungkan seluruh struktur Ruudo dibahagian tersebut semasa ia mula dicipta.Oleh itu, jantungnya itu adalah satu-satunya kemungkinan untuk membawa mereka keluar.

Tiba-tiba,Goku menjerit kesakitan kerana diramas oleh tangan kanan Ruudo.Pan pula terus berlari kedada Ruudo dan melihat keluar melalui liang badan Ruudo.Tetapi dia terlalu kecil dan jauh, oleh itu, Goku tidak dapat mendengar jeritannya.Satu-satunya perkara yang boleh dilakukan oleh pan adalah menembak bola tenaga ke jantung Ruudo.Tindakan Pan ini, berjaya memberi peluang kepada Goku untuk melepaskan diri tetapi belum cukup untuk menghapuskan Ruudo.Pan berasa kecewa.

Pada ketika ini, Doru-takki muncul dan merungut-rungut diatas tindakan Pan tersebut. Doru-Takki menyatakan yang serangan perlu dilakukan pada dua arah iatu dari dalam badan dan juga dari luar badan pada masa yang sama, barulah serangan keatas jantung Ruudo akan membawa kesan.Oleh itu, tanpa membuang masa, Pan terus pergi ke liang badan Ruudo dan cuba untuk mendapatkan perhatian Goku supaya menyerang bahagian jantung Ruudo.

Goku tidak mendengar jeritan Pan.Maka, Pan pun menyerang Doru-Takki bagi mendapatkan cara bagaimana untuk menghubungi Goku.Bagaimanapun Doru-Takki mendakwa yang dia tidak tahu caranya.Seketika kemudian, ketiga-tiga orang makhluk asing tadi, memberitahu Pan yang mereka boleh melakukan telepati.Pan menyerang mereka kerana tidak memberitahunya dari awal dan kemudian, menepuk-nepuk mereka semula kerana berupaya membantunya.Doru-Taki juga meminta agar Pan turut menepuk-nepuk kepala dan memanggilnya budak yang baik kerana telah memberitahu mengenai rahsia kelemahan Ruudo.

Kemudian, Pan pun menyuruh mereka segera menghubungi Goku melalui hemopati.Mereka pun segera mengeluarkan sebuah radio mikrofon jenis lama dan dengan 3 rentak berbeza, mereka menjawab yang 'mereka faham'.kemudian, mereka bertiga terus merepek-repek dengan 3 rentak ini sehinggakan Pan merasa kurang senang dan menyuruh mereka segera menghubungi Goku.

Diluar pula,Ruudo menggunakan sinaran laser keatas Goku.Goku mengelak dan hampir-hampir dihimpit oleh sebuah tiang yang besar.Tiba-tiba Goku terdengar suara 3 orang makhluk asing tadi yang sedang menyanyi dengan kata-kata yang menyruh dia menyerang jantung Ruudo.Goku tidak tahu dimanakah letaknya jantung Ruudo,maka Pan pun terus memancarkan sinaran tenaga ke jantung Ruudo dan menyebabkan jantung Ruudo bersinar.Mereka bertiga pun dengan segera menyuruh Goku menyerang ditempat bercahaya tersebut.

Sementara itu, Trunks sudah berjaya melarikan diri dari serangan Ruudo dan bertanyakan apa yang dia harus lakukan sekarang.Goku pun menyuruh Trunks menyerang jantung Ruudo.Bagaimanapun pada ketika Trunks ingin mula menyerang, tanpa disedari Ruudo telah menembakkan bom dari mulutnya dan mengenai Trunks.Trunks pengsan. Oleh itu,Goku terpaksa bertarung seorang diri.

Sungguhpun begitu, Goku tanpa berlengah terus menyerang kawasan yang dimaksudkan tetapi tidak membawa sebarang kesan.Ruudo membalas semula dengan pancaran laser melalui matanya keatas Goku tetapi Goku sempat mengelak.Sementara itu, ketiga- tiga makhluk asing tersebut menyalahkan Pan kerana tidak menyerang jantung Ruudo secara serentak dengan Goku.Mereka mencuba sekali lagi tetapi serangan Goku mengenainya terlebih dulu.Doru-Takki mula merungut.Pan kemudiannya menyuruh mereka bertiga mengira 1-2-3.Goku kurang senang dengan cara ini kerana dia ' tidak tahu mengira.Oleh itu, mereka terpaksa melakukannya berulangkali kerana Goku kerap melakukan kesilapan.

Goku sudah putus asa dan dia pun menyuruh ketiga-tiga makhluk asing itu menukar cara pengiraan kepada "Katsudon", "tendon", "oyakudon".(ketiga-tiga perkataan ini adalah sejenis makanan jepun).Walaupun mereka bertiga tidak tahu makna perkataan tersebut tapi mereka tetap mengikut cadangan Goku tersebut.Oleh itu, mereka pun mula mengira dan apabila sampai ke "oyakudon" Pan dan Goku menembak dengan serentak.Usaha mereka berhasil pada kali ini dan jantung Ruudo terus meletup.Matanya berputar-putar dan Ruudo terus terjatuh. Kemudian, semua roh-roh mereka yang dikorbankan terus terbang ke bekas abu dan mereka semua pun kembali kepada asal.

Setelah kembali kepada asal, Pan terus berlari kepada Goku dan memeluknya. Kemudian, Goku menunjukkan yang dia telah berjaya mendapatkan mutiara naga bintang 6 kepada pan.Gill pun kembali berfungsi dan terus berlari.Bagaimanapun dia telah ditendang oleh Pan kerana bergerak terlalu perlahan.Pan kemudiannya tertanya-tanya kemana perginya Doru-Takki.Doru-Takki sebenarnya telah terbang menggunakan sejenis kenderaan dan terus hilang dicelah-celah awan!!

Bersambung di episod 15...!!

****************************************************************
Disiapkan oleh;
Azman Aziz
dragonball@dragonball.com
http://only.at/dragonball
Mechanical Engineering,UMKL

Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************