Dragonball GT #15(April 24, 1999)
Aku Sudah Tidak Tahan Lagi!!Pan Larikan Diri?
Kapal angkasa mereka kembali terbang diangkasa dan Pan sedang memikirkan samada masakannya perlu lebih pedas.Gill kemudiannya merasa masakan tersebut dan membariskan beberapa benda yang perlu ditambah untuk menjadikan ia lebih sedap.Pan merasa kecewa masakannya dikritik oleh sebuah robot tetapi Gill mendakwa yang dia cuma mahu menolong Pan mencipta resepi yang sedap.Oleh itu,Pan menyerang Gill kerana komennya itu.
Sementara itu,Goku melahirkan rasa gembira dan terhiburnya setelah melalui pelbagai rintangan sebelum ini tetapi dia dimarahi oleh Trunks kerana niat mereka adalah menyelamatkan bumi dan bukan untuk bersuka-suka.Trunks kemudian menambah lagi yang mereka perlu berhadapan dengan Dr.Myuu yang licik dan adalah lebih baik jika Goten turut serta dan bukan Pan.Pan mendengar rungutan Trunks.Oleh itu, Pan cuba mendapatkan pandangan Goku.Goku menyatakan yang dia tidak kisah siapa yang turut serta.Bagaimanapun, Pan terus merajuk dan berlari turun ketingkat bawah sambil menangis.Gill mengikutnya dari belakang.
Sambil melihat angkasa luas yang gelap,Pan masih menangis.Gill kemudiannya mengeluarkan sapu tangan untuk Pan.Tetapi dia dimarahi oleh Pan yang mendakwa dia tidak menangis. Gill merasa keliru.Seketika kemudian, Gill dapat mengesan Mutiara Naga diplanet berdekatan.Oleh itu,mereka pun terus terbang kearah planet tersebut.
Setelah mendarat diplanet tersebut, mereka mendapati yang permukaannya adalah seperti padang pasir yang panas dan gersang.Tiba-tiba, seekor lipan pasir gergasi menyerang kapal angkasa mereka dan lipan ini mengenakan bertan-tan pasir keatas mereka dan mengenai Pan.Lipan itu kemudiannya merosakkan kapal mereka sebelum dihalau oleh Goku dan Trunks.
Kemudian, Trunks meminta bantuan daripada Goku untuk memeriksa bahagian-bahagian yang rosak dan apabila pan cuba membantu, Goku meminta Pan supaya jangan mengganggu Trunks.Ini menyebabkan Pan merasa kecil hati lalu terus kembali masuk kedalam biliknya dan mengemaskan segala pakaiannya berserta sebuah bekas air.Pan kemudiannya menyatakan yang dia bencikan Goku dan Trunks dan dia pun terbang ke arah padang pasir tanpa disedari oleh Goku dan Trunks.Bagaimanapun Gill sedar akan perbuatan Pan ini dan dia mula berasa risau.
Sementara itu, Pan terus terbang sehingga sampai disatu tempat dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kerana cuaca terlalu panas.Dia kemudiannya berhenti untuk minum tetapi malangnya begnya telah terbang ditipu angin.Dia mengejar kembali dan berjaya mendapatkannya semula tetapi air didalam bekas airnya habis tertumpah. Apabila sedar yang dia telah kehabisan air, Pan sudah tidak berdaya meneruskan perjalanan lagi dan dia juga mula sedar yang dia telah sesat.
Dikapal angkasa pula, Gill mengambil keputusan untuk mengekori Pan dan apabila ditanya oleh Goku dan Trunks,Gill menjawab yang dia mahu mencari Pan tetapi kata-kata Gill itu tidak difahami oleh mereka berdua.Gill pun terus mengekori Pan. Apabila Gill menukarkan dari terbang kepada berjalan, dia telah mengganggu sarang lipan pasir gergasi.Bagaimanapun, Gill sempat menyembunyikan diri tetapi dia menjangkakan yang lipan itu akan berdepan dengan Pan seketika nanti. Jangkaan tepat dan apabila lipan tersebut sedang menghampiri Pan, Pan terus pengsan kerana kepenatan!
Sementara itu, Doru-Takki telah sampai diplanet Dr.Myuu.Dia mengulang-mengulang kata-katanya beberapa kali sebelum berjalan masuk kebilik Dr.Myuu. Dia kemudiannya berjumpa dengan Shogun Gilldo (iaitu seorang yang besar dan kuat yang kemudiannya akan muncul sebagai "Mesin Mutasi").Doru-Takki bertanya kepada Gilldo dimanakah oleh Dr.Myuu dan dia diberitahu yang Dr.Myuu tiada diplanet tersebut.Oleh itu, Doru-Takki bersedia untuk pergi tetapi mendapati yang Dr.Myuu ada meninggalkan nota untuknya yang tertulis--MATI--.Gilldo terus menyerang Doru-Takki dikepalanya dan Doru-Takki pun terbunuh.Tanpa berlengah lagi,Gilldo terus menghubungi Myuu dan bertanyakan mengenai tugasan yang seterusnya.Myuu pun menunjukkan gambar Trunks dan Goku kepada Gilldo dan menyuruhnya supaya membawa mereka berdua kepadanya kerana dia mahu mengguna tenaga mereka berdua untuk ujian yang seterusnya.
Berbalik ke planet padang pasir, Gill menjumpai bekas air milik Pan tetapi dia gagal menjumpai Pan.Sementara itu, dikapal angkasa pula, Goku terus membelasah lipan-lipan tersebut dan dia diminta oleh Trunks supaya membelasah dengan lebih sopan kerana dia sedang membaik pulih kapal angkasa mereka.Goku merasakan yang perbuatannya membelasah lipan tersebut adalah suatu yang menggembirakan.Oleh itu, dia mengajak Pan supaya turut serta.Bagaimanapun, Goku mendapati yang Pan sudah hilang.
Sementara itu, badan Pan telah menggelongsor melalui lembah pasir dan terus pergi ke arah lipan tersebut.Pan bagaimanapun masih mampu mengelak dari serangan gergasi tersebut tetapi dia masih terlalu lemah untuk menyerang kembali (keadaannya adalah seperti Goku ketika lapar).Kemudian, pada ketika Pan sudah hampir dibaham oleh lipan tersebut, dia pun menjerit meminta pertolongan Goku dan Trunks.Bagaimanapun, yang datang adalah Gill.Apabila melihat Gill sedang menyerang lipan tersebut, Pan pun pengsan dan termimpikan keluarganya dibumi sambil meminta maaf.Tiba-tiba,dia terjaga apabila titisan air dititiskan dimukanya oleh Gill. Gill bukan saja telah membawa air malah turut membunuh lipan tersebut dan menjumpai mutiara naga bintang 5.Tindakan Gill ini menyebabkan, Pan terus memeluknya dan meminta maaf kepada Gill kerana sikap buruknya kepada Gill sebelum ini.
Seketika kemudian, Goku dan Trunks muncul dan mereka pun terus pergi ke tempat Gill menjumpai air. Trunks kemudiannya meminta maaf diatas kata-katanya sebelum ini dan menerima semula Pan dalam usaha menyelamatkan bumi.Disamping itu, mereka juga turut gembira kerana menjumpai satu lagi mutiara naga.
Perjalanan mereka pun diteruskan......
bersambung di episod 16, minggu depan!!
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini diSponsored by;
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************