Dragonball GT #16(May 04, 1999)
Mesin Planet M2!!?? Gill ,Musuh Dalam Selimut?
Episod ini bermula dengan Pan sedang bermain virtual game dengan Gill dan dia telah kalah dengan teruk.Kemudian, Goku terjaga dari tidur dan merungut-rungut kerana Pan masih bermain-main.SEketika kemudian, Trunks muncul dan bertanya kepada Gill dimana letaknya Mutiara naga seterusnya.Pan pula terus mencabar Gill untuk satu lagi pusingan dan Trunks pun bertanya siapa yang menang.(paparan menunjukkan Gill-50 ,Pan-0).Goku mahukan mereka berhenti bermain kerana dia mahu tidur tetapi Pan menjerit "sekali lagi".Oleh itu, mereka bermain sekali lagi.Bagaimanapun, Pan kalah buat kali kedua.Dia mahu bermain lagi tetapi Gill enggan, oleh itu dia terus mengejar Gill keliling kapal untuk memaksa Gill bermain satu pusingan lagi.Pan akhirnya berjaya menangkap Gill, tetapi, secara tiba-tiba asap keluar dari badan Gill seolah-olah berlaku pemanasan pada anggotanya.Gill pun berjaya melarikan diri.
Tiba-tiba mereka melintasi sebuah planet dan Gill yang sedang memerhatikan keluar tingkap menyatakan yang dia mahu kembali ke planet tersebutdan apabila Gill mendapati yang Pan sedang mendekatinya, dia menjerit.."Bahaya!" dan terus melarikan diri semula.
Pada malamnya,ketika semua orang tidur, Pan memerhati kearah sebuah planet putih dan keesokkannya dia meminta supaya Trunks singgah sebentar diplanet tersebut.Trunks naik marah dan enggan membuang masa dalam usaha untuk menyelamatkan bumi.Bagaimanapun, Pan terus memujuk Trunks dan apabila Goku turut menyokong Pan dengan harapan terdapat makanan di planet tersebut, Trunks terus mendiamkan diri dan Goku dan Pan pun bersalaman sesama sendiri. Sementara itu,Gill pula merenung keluar dan membisikkan "Saya kembali.!!".
Mereka mendarat diplanet tersebut yang mana terdapat permukaan berpasir merah dan mempunyai banyak kesan kawah tahi bintang disatu bahagian.Di bahagian lain pula terdapat hutan dan disebahagian yang lain lagi, merupakan runtuhan bangunan lama.
Sementara itu, didalam sebuah menara, terdapat Shogun Rirudo sedang bertanyakan akan status terkini dan sebuah robot menjawab yang kapal angkasa mereka bertiga telah menukar haluan dan berhenti diplanet M2.Rirudo merasa gembira dengan kejayaan "DD4649T22006RS" menuka arah haluan mereka ke planet tersebut. Kemudian, Myuu muncul diskrin dan meminta laporan dari Rirudo.Rirudo menjawab yang mangsanya telah masuk perangkap dan dia bersedia ke M2 untuk menghapuskan mereka.
Mereka keluar dari kapal.Trunks menyuruh Pan supaya supaya berada dekat dengan kapal angkasa mereka.Pan akur.Tiba-tiba,terdengar bunyi jeritan.Goku pun terbang ke atas sebatang pokok dan menjumpai sebiji epal.Bagaimanapun apabila cuba menggigit epal tersebut, dia mendapati yang epal tersebut sangat keras.Pan pun memarahi Goku kerana cuba memakan makanan yang pelik tanpa usul periksa dan dia mendapti epal tersebut merupakan sebuah bola besi yang keras.Pan mahu menyimpannya sebagai cenderamata tetapi, Gill telah mengambil dan memakannya.Tiba-tiba, badan Gill membesar dan tenaganya juga bertambah sehinggakan muncul cahaya dari badannya dan menerangi kawasan tersebut. Kemudian, berlaku letupan dan menyebabkan Gill tersungkur ditanah.Goku merasa berasa bersalah kerana telah menemui epal tersebut dan dia pun meinta maaf.
Kemudian, mereka meneruskan perjalanan dan sampai disebuah bandar.Goku menjerit samada ada orang disekeliling .Tiba-tiba, loceng kecemasan berbunyi dan muncul beribu-ribu robot seperti Gill yang berwarna hijau dan mengelilingi mereka.Salah sebuah dari robot tersebut menyambut kepulangan Gill dengan panggilan DD4649T22006RS.Walaupun dia dikenali oleh semua robot-robot tersebut tetapi Gill mengatakan yang dia langsung tidak mengenali mereka semua.Dia berfikir seketika dan terus terbang meninggalkan mereka bertiga.Goku pula berharap agar Gill akan membawa pulang makanan untuk nya.
Apabila Shogun Rirudo memanggil nama "DD4649T22006RS", kesemua robot-robot yang berwarna hijau tersebut berdiri tegak.Rirudo sebenarnya sedang berada dipuncak sebuah menara tertinggi disitu untuk memerhatikan mereka menggunakan sebuah projektor holografik.Gill pun pergi kearahnya dan terus diberi ucapan tahniah kerana membawa mereka bertiga keplanet tersebut.
Sementara itu, Goku sedang bersenam di eskalator dan Trunks pula terpinga-pinga dengan sikap Gill yang berubah secara tiba-tiba.Kemudian, Gill muncul dan membawa mereka kekawasan bandar yang lebih jauh.(di tangan Pan terdapat sebiji epal besi tetapi tidak dihiraukan oleh Gill) Mereka kemudiannya sampai di sebuah bandar lama dan Goku dapat merasai tenaga yang kuat datang dari 4 buat robot yang cuba menyerang hendap mereka.Seketika kemudian, robot2 ini muncul didepan mereka.Ketua diantara robot tersebut berasa kagum dengan kemampuan Goku mengesan kedatangan mereka.Dia kemudiannya menyuruh robot yang lain meningkatkan sumber tenaga mereka.Ini menyebabkan satu letupan berlaku dan menerbangkan Pan dan Trunks didinding berhampiran.Bagaimanapun Goku sudah bersedia dan dia langsung tidak terjejas.Goku berasa kagum dan gembira kerana dia telah lama tidak berhadapan dengan musuh berkuasa besar.Dia memperkenalkan dirinya dan bertanyakan kepada robot-robot tersebut akan nama mereka.Ketua mereka menjawab, mereka adalah "komando M2--Ener-cannon Shin-go"(Tenaga Meriam 4 atau EC4).
Pan ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan EC4.Dia cuba bertanya pada Gill bagaimanapun, mereka mengatakan yang robot tersebut bukan Gill tetapi "DD4649T22006RS" iaitu salah satu dari anggota EC4.Pan tidak mempedulikan mereka dan dia terus berlari kedepan.Salah sebuah dari rabot tersebut kemudiannya menyerang Goku dan Trunks dengan gas tidur.Goku dan Trunks pun rebah.Sementara itu, sebuah lagi robot yang mempunyai penumbuk peluru berpandu pula menyerang Pan dan pabila robot ini cuba mencederakan Pan.Gill muncul dan menghalangnya.Gill mengatakan yang Pan tidak akan lepas lari dan mutiara naga yang dikehendaki oleh Shogun Rirudo berada dibadan Goku dan Trunks.Ketua EC4 berpuas hati dengan kenyataan Gill dan mereka pun terbang pergi.Pan terpinga-pinga dan sukar mempercayai apa yang telah berlaku.Dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang.
Bersambung.....di episod 17!!
**************************************************************** Disiapkan oleh; Azman Aziz dragonball@dragonball.com http://only.at/dragonball Mechanical Engineering,UMKL Diharap kepada sesiapa yang mahu meletakkan ringkasan ini di
hompej mereka supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran saya
dahulu ****************************************************************